Showing posts with label Khairy. Show all posts
Showing posts with label Khairy. Show all posts

Friday, February 26, 2010

Maya Ucapkan Welcome


Salam Sejahtera rakan seperjuangan dan seperlawanan. Memang cukup lama Maya menghilang, bukannya senagaja tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Hari ni Maya bercuti sempana sambutan Maulud Nabi SAW.

Angin Timur Laut yang selalu menyebabkan banjir besar di Pantai Timur telahpun berlalu. Namum dalam dua minggu yang lepas secara tiba-tiba angin kencang sekali lagi menggoyangkan si menantu. Budak jahat si anak omak menantu Pak Lah dihentam oleh para blogger penyokong kerajaan kerana cuba mencuri perhatian.

Marahnya blooger pro kerajaan kepada Khairy adalah kerana si anak omak cuba mengambil kesempatan memprotes 50 Kangaroo MP. Dari dulu sampai sekarang si Khairy tak habis-habis nak ambil kesempatan.

Bermula dengan drama percintaan paling suci di abad ini, si Khairy mengahwini Nori anak Dollah Badawi. Maya tak nafi itu, perkahwinan itu atas dasar "percintaan", namum apa yang berlaku selepas itu amatlah di luar dugaan.

Dengan kuasa yang Khairy ada sebagai menantu kepada Perdana Menteri, si anak omak cukup rakus dalam menggunakan sijil nikah untuk kepentingan diri. Segala pengaruh digunakan untuk KJ melonjakkan diri dalam parti, termasuklah membikinkan satu drama yang membolehkan dirinya memegang jawatan Naib Ketua Pemuda parti.

Dipendekkan cerita beradanya Khairy di tempat beliau hari ini hanyalah kerana ehsan sijil nikah disebabkan beliau adalah menantu Pak Lah. Jika Khairy ini jadi menantu Pak Su, Pak Ngah, Pak Man atau Tok Pawi semestinya tiada siapa yang peduli.

Walaupun angin kencang yang melanda Khairy masih lagi belum reda, tiba-tiba bertiup pula angin Barat Daya yang membawa khabar Maya Karin telahpun bercerai. Untuk pengetahuan rakan-rakan yang dihormati, tiada kaitan langsung antara Maya Karin dan Maya Khairy.

Maya harap itu hanyalah khabar angin semata-mata. Kalaulah betul Maya Karin telah bercerai, itu rumah tangga dia punya hal, tak perlu Maya nak menyibuk bertanya apa pasal. Lagipun tak kan lah Maya Karin sanggup tinggalkan laki dia yang cukup handsome cun melecun. Lainlah kalau laki Maya Karin tu rupanya hitam legam macam si Khairy Jamaluddin.

Tapi kalau benar Maya Karin dah bercerai, Maya Khairy ucapkan Welcome kerana sekali lagi menjadi young, free and single. Tapi satu pesanan Maya Khairy kepada Maya Karin, cuba jauhkan "orang" punya laki, takut timbul fitnah berbagai-bagai fitnah nanti.

Friday, November 13, 2009

Chairman Kaga Untuk Dijual

Salam rakan seperjuangan dan seperlawanan.

Cerita kali ni bukan pasal cerita Khairy tapi Maya nak cerita pasal Khairy punya balaci. Telah lama Maya cuba memahami pendirian politik si Chairman Kaga ni. Beliau mula berada di blog Maya dalam post yang pertama Maya publish lagi.


Pendirian Kaga susah untuk Maya fahami kerana beliau secara terang-terangan bukannya jenis anti Khairy. Tetapi tidak pernah pula Maya melihat bahawa si Kaga ni pernah mempertahan segala tulisan Maya yang membelasah Khairy.

Si Kaga memang ada blog sendiri tapi tak perlu Maya bagi link sebab blog dia senyap sunyi, bab kata Tuan Singh dalam komen beliau - tidak berpenghuni. Maka si Kaga menumpang lah Maya untuk keluarkan kata kesat beliau.


Sejarah si Kaga ni pula penuh misteri, selain dari melonjakkan nama Anwar Ibrahim, yang Kaga tahu hanyalah memburuk-burukkan nama Tun Mahathir, Saudara Parpu Kari dan Tuan Singh. Si Tuan Singh pun satu, kenapa asyik dok layan budak yang tak cukup umur tu. Si Kaga ni lagi dilayan lagilah dia merapu.


Ada juga pernah Maya dengar bahawa Khairy mengupah beberapa orang trooper bertujuan untuk memburuk-burukkan nama Tun Mahathir di ruangan komen blog-blog yang famous. Dan itulah juga perangai Kaga, menabur kata-kata hina sehingga Kaga tidak diberi dibenarkan untuk komen di beberapa blog yang famous seperti House of PK dan The Unspinner.

Akhir sekali kalaulah Maya boleh jual orang macam Kaga ni, tak perlu Maya letak harga kerana Maya hanya nak bagi free. Memang tak boleh pakai langsung mamat ni.

Saturday, October 24, 2009

Bajet Tahunan - Khairy Bertepuk Sebelah Tangan


Ehsan dari blog Anak Omak

Maya masih menunggu, sedang menunggu dan akan menunggu sebarang pernyataan daripada YAB DS Najib mengenai cadangan Khairy dalam persidangan UMNO tempoh hari. Tambahan pula bajet tahunan telahpun dibentangkan semalam, dan amat menyedihkan kerana tidak ada tanda-tanda sokongan DS Najib terhadap KJ punya cadangan.

Kalau diikutkan pendapat segala penjilat KJ di alam siber, cadangan Khairy si menantu amatlah tepat pada waktu dan juga YAB DS Najib akan memberi sokongan padu. Maya tidak menipu dan merapu, petikan di bawah diambil dari blog pencacai KJ nombor satu:

"Dirangkumkan dan diterjemahkan dalam perhimpunan UMNO beberapa hari yang lalu, Khairy berjaya memberikan fokus kepada tanggung jawab dan amanah yang diberikan kepada beliau oleh Perdana Menteri untuk menumpukan dan memperkasa kan Pemuda UMNO."

Si pencacai anak omak yang menulis dan memuja Khairy seperti dewa bernama Parang Sasau. Kalau nak tahu bagaimana tahap mentaliti dan pemikirannya, bacalah komen yang pernah beliau tulis dalam blog Maya.


Jika benar ucapan Khairy tempoh hari boleh memperkasakan UMNO, DS Najib sudah tentu telah bersedia dengan langkah susulan demi menyambut KJ punya cadangan. Maklumlah ... demi memperkasakan UMNO kecil tapak tangan nyiru DS Najib tadahkan.

Ataupun sememangnya ucapan Khairy tempoh hari telahpun diketahui ramai termasuk DS Najib bahawa ianya adalah semata-mata retorik politik. Pendapat Maya pula si budak Oxford ni memang langsung tak ada idea dalam mempergunakan jawatan Ketua Pemuda untuk menarik orang ramai kembali kepada UMNO.

Semestinya dungu si budak Oxford ni langsung tidak boleh dijadikan ikutan. Khairy cuba menjual modal politik murahan dengan menawarkan duit pampers bagi setiap kelahiran. Aduh ... adakah kerana masih ramai lagi pemuda membenci Khairy maka sokongan kini cuba dicari dan dibeli dari golongan bayi?

Adakah bayi-bayi ini terpegun dengan janji pampers Khairy?

Itulah dia rumusan Maya mengenai ucapan si Khairy tempoh hari. Tidak ada satupun Khairy punya buah fikiran disambut oleh DS Najib semasa pergulungan. Maka pada realiti si anak omak sememangnya bertepuk sebelah tangan.

Akan tetapi ucapan Khairy diberi publisiti besar-besaran oleh segala blogger pencacai demi melindungi hakikat dan kebenaran bahawa KJ bertepuk sebelah tangan. Maka segala gerombolan seperti Raksasa BN, Pejuang Siber, Bro Jinggo dan Wenger cuba menghulur tangan untuk menyambut KJ punya tepukan ... Alahai kesian -kerana ianya masih tidak juga kedengaran.

Saturday, October 17, 2009

Bank Pemuda? Ha Ha Ha Ha ....


Bertemu kita kembali rakan seperjuangan dan seperlawanan yang dihormati. Maya tak nafi dah dua minggu Maya sepikan diri. Bukannya apa, kalau nak lanyak lebih-lebih si menantu ni, nanti nampak tak elok untuk kempen Bagan Pinang nanti.

Tirai telahpun dilabuh di N31 Bagan Pinang, dan tahniah diucap kepada pihak yang menang. Tan Sri Isa telah terbukti memenangi hati rakyat tempatan walaupun karier politik beliau pernah dinodai titik hitam. Siapakah kita untuk menghukum bahawa kesilapan beliau tidak mungkin terampun.

Rakan semua mungkin akan pertikaikan kenapa Maya bersifat double standard? Walaupun Khairy dan TS Isa dituduh atas perlakuan yang sama, Maya tidak memerangi TS Isa. Jawapannya cukup simple, paling tidak TS Isa tidak cuba membinasakan UMNO.

Tapi Khairy ni cukuplah dengan 5 tahun bersama si Dollah, hampir jahanam semua dibuatnya. Psssstttt.... ada orang kata sebenarnya si Khairy ni bijak, maklumlah Oxfard! Ha ha ha .... terlalu bijak hingga tidak menyedari beliau adalah liabiliti kepada parti, dan dalam PRU 2008 semuanya ini terbukti.

Sebenarnya Maya konpius dengan cadangan Khairy ...
Bank Pemuda atau Bank Pemudi

Bijak si budak Oxford ni sekali lagi terserlah apabila mencadangkan penubuhan Bank Pemuda. Maya teramatlah terasa sebab kenapa tidak dicadangkan Bank Puteri dan Bank Wanita juga. Seterusnya mungkin nanti ada tuntutan supaya ditubuhkan Bank Remaja dan Bank Anak Dara. Berapa punya banyak bank daa.....Maya masih dara dan remaja.

Bank Pemuda atau Bank Belia - ha ha ha, sekali dengar cukup gah juga bunyinya, Khairy cuba menjadi wira kepada anak muda. Hakikatnya Khairy lupa bahawa beliaulah faktor utama golongan anak muda menjauhi UMNO. Sebut saje Khairy ..... korup, tamak, selfish, opportunist, licik, hitam, tak hensem, muka tak tahu malu ... ehhhh jauh benar Maya merapu.

Mungkinkah muka bertiga ini yang akan menguasai Bank Belia nanti?

Macam ni lah, katakan Bank Belia akan dilaksanakan, Maya terfikir siapakah lintah darat UMNO yang akan mengisi Board of Director nanti. Maya rasa nama-nama ni akan mengekori; Azeez Rahim, Reezal Naina, Lokman Adam dan segala pencacai yang mengelilingi si Khairy.

Apa pula syarat dan siapa yang layak membuat pinjaman nanti? Semestinya yang didahului ialah segala juak-juak Khairy. Akan timbul masalah transparensi, di mana golongan tertentu akan menggunakan kemudahan pinjaman untuk menjamu nafsu kebendaan. Maka timbullah pula isu NPL, dan akhirnya Bank Belia di gabung dengan institusi kewangan yang lebih besar.

Helo Bank Belia, pinjam tiga juta!!!

Itulah antara teks ucapan Khairy yang Maya mampu beri ulasan walaupun Maya ni bukannya Oxford punya graduan. Di kalangan pencacai anak omak mereka cukup memuji ucapan Khairy tempoh hari, kononnya Khairy berfikir di luar kotak. Maya pula ada pendapat sendiri, bahawa Khairy berfikir tanpa otak yang diberi, dan rasanya teks itupun tidak ditulis sendiri.

Macam ni ke orang yang nak jadi Menteri? Janganlah buat Maya menangis lagi .....

Thursday, October 1, 2009

Alahai Khairy - Dari Tukang Cuci Jadi Pemandu Teksi

Selamat bertemu kembali rakan perjuangan yang Maya hormati. Memang cukup lama Maya bercuti dan mendiamkan diri sampai ada yang hantar inbox kat FB.

Untuk pengetahuan semua Maya sihat seperti biasa. Alhamdullilah itulah kekuatan yang Maya ada demi melansungkan perjuangan untuk mengkhabarkan kebenaran mengenai seorang pengkhianat bangsa bernama Khairy si anak omak.

Seawal bulan puasa baru-baru ni ruang siber digemparkan mengenai lakonan si Khairy sebagai pemandu teksi. Seperti biasa, ada yang kritik dan ada yang puji. Kata-kata pujian pula Maya boleh agak datang dari mana, semesti dari Bro Jinggo dan Senapang Patah aka Pejuang Siber.


Pendapat Maya pula si Khairy ni berlakon merupakan satu perkara biasa. Sepanjang tempoh Maya berdiam diri tiga minggu lamanya, Maya sempat menjenguk artikel mengenai Khairy sebelum pemilihan KP UMNO. Masya Allah, macam-macam lakonan yang dipamerkan oleh Khairy, dari tukang cat sampailah ke tukang cuci.

Oleh itu aksi Khairy sebagai pemandu teksi bukan lagi suatu lakonan yang boleh dibanggakan, malah ianya amat menjijikkan. Sememangnya amat menjijikkan kerana si Khairy tidak menghiraukan tekanan dari akar umbi yang mahukan beliau turun takhta dan balik rumah jaga si anak bini Nori serta Dollah sekali yang kini telahpun menjadi history.

Lakonan Khairy sebelum pemilihan KP,
terpaksa jadi tukang cat dan tukang cuci demi menagih simpati...

Memang betul si Dollah telahpun jadi antic dan history. Contohnya bulan puasa baru-baru ni, Maya rasa tak banyak majlis yang menjemput si Dollah untuk jamuan buka puasa. Tak silap Maya juga si menantu punya fan club KJFC tidak juga mejemput Dollah untuk join sama dalam majlis buka puasa. Eiiii.... betul-betul tak kenang budi si menantu ni.

Inilah dikatakan pemuda yang mewakili suara akar umbi, berbuka puasa secara mewah bersama fan club sendiri. Rupanya si anak omak ni masih tak sedar diri.

Cubalah fikir kalau Khairy tak berkahwin dengan Nori. Agaknya sekarang ni si Khairy hanya jadi Timbalan Ketua MIC, berperanan sebagai T Mohan punya balaci. Jangan pula tuduh Maya jealous atau iri hati. Muka malaun macam tu pandang pun Maya tak mahu.

Okeylah, cerita pasal lakonan, drama apa pula KJ akan pentaskan di Bagan Pinang? Dari sumber yang Maya dengar anak omak Khairy juga terlibat dalam plot menjatuhkan Tan Sri Isa Samad semasa 2004. Tetapi dengan gegaran suara keramat akar umbi yang mahukan Tan Sri Isa kembali, agaknya si Khairy kini dalam keadaan sejuk seram dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Tan Sri Isa, please forgive me.... saya tak nak buat lagi

Nasihat Maya pada Khairy sempena dengan bulan Syawal yang mulia, mintaklah maaf dengan Tan Sri Isa. Bukan setakat perlu cium tangan tapi dengan tapak kaki sekali. Tu pun kira tak cukup lagi, si Khairy perlu nyanyikan lagu Please Forgive Me. Disebabkan Khairy dah tunjuk bakat jadi pelakon sebagai pemandu teksi, apa salahnya kini Khairy cuba jadi penyanyi!!!!

Tuesday, September 1, 2009

Si Chua Dah Pi, Khairy Bila Lagi?


Maya melihat pemecatan Chua sebagai satu signal bahawa penjawatan jawatan tertinggi parti mestilah bersih dari sebarang liabiliti. Mungkin pemecatan itu ada muslihat politik, tetapi Maya tidak berupaya untuk mengulas selebihnya kerana Maya bukanlah arif sangat tentang politik mereka.

Akan apa yang berlaku pada MCA, Maya harap ianya akan juga berlaku pada UMNO. Rata-rata ramai yang terlibat dalam kedua-dua PRK lepas iaitu di PP dan MU bersetuju bahawa si anak omak tidak membawa sebarang faktor positif untuk menarik pengundi.


Hanya blogger penjilat Khairy sahaja membuat riuh sekampung mengalahkan pengumuman kematian Michael Jackson bahawa Khairy si anak omak masih lagi relevan. Berbagai aktiviti dilaporkan mengenai kegiatan Khairy untuk menarik pengundi muda, tetapi hakikatnya hanya indah khabar dari rupa.

Semasa di Khairy di MU, Maya mendapat cerita bahawa si anak omak hanyalah menumpang glamour. Di Permatang Pasir pula ceramah Khairy hanyalah menghabiskan elektrik untuk pembesar suara tetapi isinya tiada.


Si anak omak masih dipandang sebagai simbol kerosakan UMNO. Maka wahai si anak omak Khairy tak perlulah keputusan pihak tertinggi untuk mempelawa saudara supaya pergi. Kalau betul sayangkan parti, dengan segala hurmatnya diminta menghilangkan diri, dan bawak sekali anak-pinak dan bini si Nori.

Janganlah pula salah anggap, Maya tidak sedikitpun iri hati. Maya cuma sayangkan parti.

ps:
Bila Khairy dipecat nanti berani ke Bro Jinggo, Senapang Patah, Parang Sasau dan Cik Edryna berprotes tanda tidak puas hati? Ingat semua saudara-saudari, yang penting ialah parti!

Tuesday, August 11, 2009

Memang Kepala Batu Si Menantu

Mintak maaf ye rakan seperjuangan semua, Maya hanya menghilangkan diri buat seketika. Hari Ahad lepas Maya pi jumpa kawan lama, sorang akak senior yang bergiat dalam Puteri UMNO. Balik ke kampus dah jauh malam, lepas tu kena siapkan assignment. Hari Isnin semalam penuh dengan program. Tu pun Maya jenguk sekali sekala nak lepaskan komen yang ada.

Apa cerita Maya ngan akak senior tu. Jeng jeng jeng......jangan risau, cerita kali ni tidak bisa membuatkan Maya menangis lagi. Akak senior tu cerita kat Maya bahawa KJ telahpun dinasihatkan oleh pembesar UMNO supaya berdiam diri seketika dari memegang jawatan Ketua Pemuda. Selagi siasatan SPRM belum selesai lagi, biarlah Ketua Pemuda dipangku oleh Dato' Razali.

"Sape yang Abang lebih sayangi, UMNO atau Nori?".
Tak nak la Maya join sekali!


Namum apa yang Maya dengar dari laungan penyokong KJ di alam siber ialah kenapa beliau perlu lepaskan jawatan KP kerana Khairy telahpun memenangi secara demokrasi. Nampak sangat KJ cukup sayang dengan jawatan KP, kot-kot sayangnya lebih dari Nori.

Maya pun naik heran kenapa Khairy cukup sayang dengan jawatan KP. Jika KJ percaya beliau menang jawatan KP secara bersih dan adil, apa nak ditakutkan dengan SPRM. Jika nanti KJ dibuktikan tidak bersalah, beliau akan muncul keluar sebagi wira yang lebih gagah.

Mengikut cerita akak senior, KJ tidak mampu berdiam diri kerana takut nanti hayat politiknya akan mati. Betul juga bila Maya perhati, KJ cuba buatkan dirinya sibuk ke sana sini. Sampai kat Manek Urai pun KJ cuba nak tumpang menyebok sekali. Penyokong Khairy dalam dunia siber seperti Bro Jinggo dan rakannya turut melaporkan berbagai aktiviti KJ yang bagi Maya sebenarnya indah khabar dari rupa.

Memang betul la kata akak senior tu, KJ ni jenis kepala batu. Jika KJ berpendapat bahawa kepentingan parti adalah lebih besar dari kepentingan diri, sepatutnya KJ akan berdiam diri. Seperti yang berlaku sekarang ni, laungan UMNO rasuah diiringai dengan nama Khairy, Maya cukup kesian dengan parti.



Tapi dengan Khairy ni Maya dah tak terdaya nak cakap atau bagi nasihat, apatah lagi nak pujuk, sebab KJ PUNYA KAPALA BATU BESAR ADA DUDUK.

Saturday, August 8, 2009

Muka-Muka Yang Buatkan Kita Makin Huru Hara


Si mamat Gobind ni memang sah satu keturunan ngan bapak dia, Karpal Singh. Bak kata pepatah Melayu BAPAK HARU ANAK LAGI MERAPU. Si Gobind ni cuba nak alih pandangan mengenai siapakah dalang dalam kematian TBH. Suatu yang terang dan nyata, TBH adalah saksi utama PSRM, oleh itu siapakah yang berkepentingan dalam TBH punya pembunuhan? Maya cuma bertanyakan soalan.
_______________________________



Pak Sheikh ni pula Maya memang pelik. Hari ni dia boleh bagi khutbah berpesan kepada kebenaran dan kesabaran. Tapi esoknya dia boleh berdangdut-dangdutan. Sudah nampak dengan terang berserta bukti klip video, tapi si pengikut PKR ni agaknya masih tak reti nak bezakan apa yang salah dan apa yang betul.

Itulah masalahnya kalau Anwar dipuja sebagai Maha Dewata, apa Anwar buat semuanya halal belaka. Maya masih lagi waras untuk menilai haram dan halalnya.
_______________________________



Mungkin ramai yang tak begitu arif dengan si Hatta Ramli, kerja dia cari glamour sana sini. Jawatan dia dalam parti adalah PAS punya bendahari. Bila ada saja perhimpunan haram Hatta mesti buat penampilan, cari publisiti murahan. Mula-mula Maya tengok dia ingatkan Hatta ni ahli kumpulan Caburetor Dung! Sebab memang sesuai dengan Hatta punya penampilan.
_______________________________



Si apek tua Kit Siang ni jenis manusia yang lupa sejarah dunia. Kalau nak tahu inilah antara muka yang buat perarakan menghalau orang Melayu balik kampung pada tahun 1969 selepas pembangkang Selangor menguasai 50% kerusi DUN.

Tapi PRU baru-baru ni protes punya pasal Melayu Selangor terus tak ingat usul asal, lalu diundi Ronnie, Eli dan Teresa. Maya tak salahkan pengundi Melayu di Selangor. Pada masa tu tahap meluat kepada Dollah-Khairy memang tidak boleh dinafikan lagi. Lalu terpaksa diundi PKR dan DAP kerana rasa marah dan meluatnya terhadap Dollah-Khairy.
_______________________________



Eh eh...ada juga si Khairy. Ingatkan boleh lepas kali ni. Maya bukan apa, Khairy pun masih nak cari glamour. Kalau Maya buat-buat lupa nanti menangis la dia. Dah ANAK OMAK beginilah caranya, usik sikit terus cerita kat omak dia, ha ha ha.....

Kenapa ya Khairy buat kita semua jadi huru hara? Simple je ceritanya. BN kehilangan kepercayaan dalam PRU 2008 disebabkan oleh Dollah-Khairy punya pukulan. Dan kini kepimpinan kerajaan sentiasa ditekan apabila pembangkang merasakan mereka mempunyai kekuatan, lalu diminta macam-macam.

Hakikatnya undi kini kembali ke BN apabila Dollah-Khairy hilang dari pandangan, walaupun Khairy cuba sedaya upaya buatkan dirinya relevan. Sebab tu Khairy cuba munculkan diri kat MU walaupun Maya ada dengar cerita Khairy memang dah tak laku.


Itulah muka-muka yang Maya rasa membuatkan kita lagi huru hara. Yang empat teratas tu berada dalam barisan pembangkang dan insya Allah mereka semua akan tumbang. Cuma yang satu kat bawah tu masih lagi bergerak bebas dalam UMNO. Maya harap sangat yang satu tu akan menerima kunjungan SPRM, dan bagi Maya itulah detik yang paling membahagiakan.

Thursday, August 6, 2009

Walaupun Khairy Sama Hitam Maya Lagi Sukakan T Mohan

Akhir-akhir ini Pemuda di bawah pimpinan Khairy Jamaluddin nampaknya sehaluan dengan PAKATAN Anwar Ibrahim. Adakah Khairy mempunyai agenda di sebalik selimut tebal Pak Anwar. Maaf ye Maya tak tuduh Khairy berkongsi satu selimut dengan Pak Janggut.

Maya heran di manakah barisan Pemuda apabila kepimpinan negara dikecam hebat oleh GMI. Maya juga pelik kenapa barisan Pemuda tidak bergabung suara menuntut Kerajaan Selangor membongkarkan segala perkara yang jijik berlaku sejak akhir-akhir ini.


Teringat Maya cerita Tamil lakonan Rajnikanth, sekali dia sepak ala Jackie Chan gerenti 10 orang tumbang. Itulah semangat dan kekuatan yang Maya inginkan dari barisan Pemuda Harapan. Tetapi semangat itu telah hilang apabila si Khairy mengetuai barisan.


Bagi Maya lebih baik ketua penyelaras MIC T Mohan, walaupun Khairy dan Mohan sama hitam, tetapi Mohan lebih berani memperjuangan hak dan keadilan. Sungguh terharu Maya dengan kesungguhan T Mohan, sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang demi menyelamatkan Kampung Buah Pala. Eh...bunyi macam cerita Tamil pula.

Apa-apa pun T Mohan bagi Maya bagaikan Rajnikanth yang selalu Maya tonton dalam filem Tamil, gagah perkasa memperjuangkan hak sesama bangsa. Dengan Khairy la ni apa yang boleh diharap? Hanya asyik ke hulu hilir dengan 4 wheel drive.


Tapi kan di Manek Urai hari tu rajin la pulak turun si dia, maklumlah nak tumpang glamour. Bila majoriti berkurang si pencacai KJ sibuk pukul canang kata itu KJ punya tamparan. Bila Maya dengar memang gelak habis-habisan.

Itulah barisan Pemuda di bawah Khairy punya kepimpinan, hanya berani lihat sahaja karenah pembangkang, tetapi tidak berani berdepan. Agaknya Maya rasa Khairy dah makin hilang kejantanan kerana Khairy dok asyik pakai baju pompuan.


Maya punya ciri-ciri kewanitaan tetap tersimpan di hati dan sentiasa dibawa ke sana sini, masih suci dan bertambah subur lagi.

Monday, August 3, 2009

Tirai Sejarah Dibuka Kembali Agar Kita Tak Lupa Siapakah Khairy

Maya akan bercerita mengenai sebuah sandiwara pada tahap drama swasta yang telahpun bermula sejak tahun 2004 lagi lamanya. Kecoh satu Malaya apabila beberapa menteri kanan UMNO membikinkan lakonan bahawa Khairy budak Oxford University merupakan manusia paling layak memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO.


Lalu dengan lakonan tahap Academy si Nazri Aziz dikatakan akan memujuk KJ "menerima" jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Kenapa pula si Nazri sanggup menghambakan diri? Tak tahu ke Khairy telahpun menjadi menantu kesayangan Perdana Menteri. Tapi jangan pula rakan-rakan kat sini tuduh Maya jealous kat Nori.

Setelah "dipujuk" Nazri Aziz, jawapan Khairy masa tu cukup simple sekali, akan menerima offer jika jawatan TKP tiada pertandingan, dengan alasan beliau bukan tamakkan jawatan. Tetapi apa yang nampak terang ialah Khairy yang baru nak mencuba nasib cukup takut dengan pertandingan.


Maka sandiwara masuk ke episod seterusnya pada hari persidangan Pemuda UMNO 2004. Apabila pengerusi tetap mengisytiharkan bahawa Khairy ialah TKP yang baru, tak disangka-sangka ianya disambut dengan sorakan boooo......, eiii tak malu. Kalau Maya lah kena boo...... Mayak takkan keluar rumah seminggu.

Bermulalah detik hitam dalam UMNO. Khairy walaupun tidak diberi jawatan dalam kabinet tetapi didapati Khairy berupaya menjawab beberapa isu kepentingan nasional, antaranya penjualan Augusta, Hospital Pantai, Telekom Malaysia, Monsoon Cup dan juga kenaikan harga minyak. Mungkinkah Khairy sengaja kaitkan dirinya dengan kelemahan Abdullah Badawi supaya nanti BN akan terus dibenci.

Pada ketika itu rasa benci dan meluat terhadap BN tidak boleh lagi disimpan. Timbul nada yang cukup nyaring kedengaran dan semestinya memberi kelebihan kepada pembangkang, bahawa kerajaan masa tu hanyalah dikawal oleh dua manusia yang cukup bernafsu kepada kuasa dan kekayaan, Khairy dan Kamaluddin.


Rasa meluat bukan sahaja datang dari rakyat biasa, Tun Mahathir sendiri terpaksa bersuara mengenai kerosakan yang dilakukan oleh menantu kesayangan Dollah. Namum si pak mentua masih asyik lena bermimpi dan si menantu masih pada tahap tak sedar diri. Dengan kuasa yang ada sebagai suami Nori, KJ cuba menyekat pengaruh Tun dengan mensabotaj lawatan Tun ke beberapa tempat.

Rakyat semakin meluat, KJ pula semakin berlagak dan pak mentua asyik dok flip-flop. Mungkin dalam lena Pak Lah membuat keputusan bahawa PRU 12 akan diadakan pada 8 Mac. Semestinya tiada siapa yang berkunjung dalam mimpi Pak Lah untuk menceritakan bahawa BN sebenarnya tenat.

Maka tarikh 8 Mac pun tiba, dan seperti disangka Pak Lah dikejutkan dari mimpinya. Walaupun masih lagi boleh membina kerajaan tanpa 2/3 majoriti, Dollah seperti tidak percaya kehilangan 5 negeri. Itulah Pak Lah, jangan asyik dok bermimpi.


Dan pada ketika itu jugalah Maya dikejutkan dengan nama Khairy Jamaluddin. Seperti yang telah Maya ceritakan pada yang posting yang lepas, itulah detik yang membuatkan Maya ingin lebih mengetahui siapakah si Khairy.

Maya cuba mengikuti perkembangan politik semasa dan membaca lebih banyak artikel selepas BN hampir kecundang pada 2008. Mula dihebohkan cerita bahawa pengaruh Khairy akan disekat pada pemilihan UMNO nanti. Dan doa Maya ianya akan terjadi.

Dalam proses pencalonan bahagian ada beberapa kejadian yang menjadi kontroversi, dan yang peliknya apabila terjadinya kontroversi pencalonan berpihak kepada Khairy. Antaranya ialah kejadian di Rantau Panjang, Kuala Kangsar dan yang paling menggelikan hati peti pencalonan dibawa lari.

Namum Maya masih lagi berharapan bahawa Khairy akan ditumbangkan memandang bahawa Khairy mendapat paling sikit pencalonan. Bagi Maya tidak mungkin pengkhianat seperti Khairy berhak diberi walaupun satu undi.



Kita semua telah ketahui bahawa si Khairy telahpun memenangi jawatan KP. Laungan satria dan perwira di luar dewan adalah sebagai bukti betapa jijiknya permainan Khairy. Dan tujuan Maya menulis kali ini adalah untuk mengingatkan bahawa Maya tidak akan lupa siapakah sebenarnya pengkhianat bangsa.

Rakan seperjuangan, bukan konflik yang Maya pinta tetapi seharusnya kita perlu saling ingat-mengingati bahawa apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari peristiwa silam. Dan peristiwa silam telahpun membuktikan Khairy melakukan cukup banyak kerosakan.

Friday, July 31, 2009

Laungan RASUAH Sebagai Bukti Betapa Jijiknya Khairy



Masih segar dalam ingatan Maya akan kejadian yang berlaku pada bulan March lalu. Ketika itu Maya dalam persediaan menduduki peperiksaan. Satu hakikat yang susah untuk Maya terima bahawa Khairy telahpun menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Maya telahpun dikejutkan setahun sebelumnya apabila keputusan Pilihan Raya 2008 menunjukkan BN hampir kecundang. Sebak hati Maya dengan keputusan yang tidak pernah diduga oleh benak fikiran. Maka Maya berbincang bersama kekawan di kampus akan punca kejadian dan sebagai kesimpulan hanya dua nama sahaja yang disebut-sebutkan, Dato' Seri Abdullah Badawi dan Khairy.

Bukannya Maya tidak pernah mendengar nama Khairy sebelumnya, tetapi suasana kampus tidak memerlukan itu semua. Apa yang penting ialah kuliah dan tutorial. Tetapi apabila disebut-sebut Khairy sebagai punca, berbekalkan laptop ini Maya cuba mencari dalam dunia siber siapakah Khairy sebenarnya.

Masya Allah berbagai-bagai cerita semuanya ada, sama ada sedap atau tidak sedap dipandang oleh mata. Maya baca hampir semuanya termasuklah cerita mengenai hubungan sulit Khairy Jamaluddin dengan Maya Karin. Ruang siber adalah medan untuk mencurahkan buah fikiran tanpa batasan, maka Maya tidak telan semua yang terhidang.

Untuk mencari kepastian, Maya menghubungi akak-akak senior yang sedang bergiat dalam Puteri UMNO. Dan sesungguhnya Maya bagaikan berada dalam mimpi ngeri apabila seorang akak senior menjawab dengan pasti bahawa itulah sebenarnya Khairy.

Maya menaruh harapan besar agar Khairy diberi pengajaran sebenar apabila dijatuhkan dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO. Bagi Maya mana mungkin makhluk perosak seperi Khairy yang hampir membuat UMNO rebah akan diberi sokongan nanti, walaupun hanya dengan satu undi.

Tetapi akhirnya tanggapan Maya salah belaka. Setelah keputusan diumumkan Maya bagaikan berada dalam mimpi ngeri sekali lagi apabila diketahui Ketua Pemuda adalah milik Khairy. Seribu pertanyaan timbul di benak fikiran bagaimana barisan pemuda memberi kepercayaan kepada makhluk yang secara terang-terangan telahpun melakukan kerosakan.

Setelah beberapa hari berlalu sudah, pertanyaan Maya tadi terjawab dengan mudah apabila youtube memaparkan klip bersejarah bahawa sebenarnya KJ ADALAH PERASUAH.

Tuesday, July 28, 2009

Khairy Di Manek Urai Hanyalah Menyambung Hayat Politiknya

Ada yang menuduh Maya ni laki, tapi apa-apa tuduhan Maya terima dengan senang hati kerana hanya Maya saja yang tahu diri ini. Cuma Maya nak pesan kalau dah laki tu jadilah laki sejati dengan cara pakaian sekali, bukan macam jenis laki seperti gambar kat bawah ni.

Ni pompuan ke laki, tak malunya mamat ni

Cerita Maya kali ni bukan pasal pompuan atau laki. Maya ada terbaca komen puak-puak penyokong KJ yang dengan megah menyatakan bahawa kehadiran KJ di Manek Urai mempunyai impak besar. Eh eh eh, betul ke? Kalau cam tu jika ada PRK lepas ni cukup dengan hantar KJ sorang je gerenti menang.

Maya ada juga menghubungi kekawan yang telah berkhidmat untuk UMNO di Manek Urai samada dari kumpulan UMNO Puteri, UMNO Putera dan juga UMNO tua. Apa yang Maya boleh buat kesimpulan ialah pengurangan majoriti bukannya disebabkan faktor Khairy.

Tok Pa merancang strategi, tetapi cuba dirampas oleh Khairy

Strategi untuk menawan Manek Urai telahpun dimulakan sebelum penamaan calon lagi oleh Dato' Pa dengan kerjasama UMNO Pusat. Apabila Tuan Aziz dicalonkan, peluang untuk menang di Manek Urai semakin cerah kerana Tuan Aziz adalah calon yang dikenali ramai. Oleh itu saya setuju dengan pendapat Kak Mantra bahawa kekuatan di Manek Urai bersandar kepada gabungan Tuan Aziz dan Tok Pa.

Namun kehadiran Khairy di Manek Urai tidak boleh dihalang lagi. Ramai ketua pemuda UMNO bahagian di Kelantan berada di dalam poket Khairy. Oleh itu KJ menggunakan pengaruh pemuda Kelantan untuk menampilkan diri di MU. Namun begitu Tuan Aziz bukannya salah seorang yang telahpun dijual beli oleh Khairy.

Gambar ini hanyalah untuk hiasan sahaja, tiada kaitan dengan Maya

Cerita yang Maya dengar pula berlainan rupa. Ada pihak yang meluahkan kepada Maya bahawa kehadiran KJ hanyalah menyemak mata. Kehadiran Khairy merupakan taktik untuk menyambung talian hayat politik. Khairy telahpun tahu bahawa Manek Urai bakal memberi perlawanan hebat, oleh itu Khairy hanyalah cuba untuk tumpang semangkok dalam perlawanan tersebut. Lagipun Khairy ni memanglah mangkok.

Maklumat yang Maya terima ialah sepatutnya Khairy menyelesaikan masalah dalaman UMNO semasa perlawanan di Manek Urai. Saki baki kayu buruk peninggalan Dollah iaitu Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai Ramzi Abdul Rahman telahpun diketahui ramai, sama ada oleh penyokong BN atau PAS bahawa dia dan konconya akan buat kacau. Dan telahpun disahkan memang buat kacau.

Ramzi Abdul Rahman, saki-baki peninggalan Dollah,
si Ramzi ni boleh cerita kenapa Manek Urai kalah.

Kontek Maya dalam Malaysiankini pernah bercerita bahawa kekacauan pertama yang Ramzi lakukan ialah mendedahkan fitnah terhadap Tuan Aziz kepada portal pro pembangkang. Sekali Maya fikir betul juga kerana hanya Ramzi sebagai pengerusi Kesedar yang tahu maklumat dalaman badan tersebut.

Oleh itu kepada abang-abang seperti Pejuang Bangsa yang menuduh Maya sebagai pengkhianat UMNO, siapakah pengkhianat sebenarnya? Golongan pengkhianat ini sudah pasti mempunyai hubung kait dengan Dollah dan Khairy.

Pendapat Maya ialah kemunculan Khairy di Manek Urai hanyalah bertujuan untuk memanjang talian hayat politiknya, tumpang semangkok jika kemenangan berpihak kepada UMNO.

Kehadiran Khairy di Manek Urai sama seperti pepatah Melayu yang pernah berkata, lembu punyai susu sapi punya nama. Susu Maya pula......ehhhh malulah nak cerita!

Saturday, July 25, 2009

Maya Menangis Tak Siapa Yang Tahu!


Maya menangis bukan pasal gambar ni. Kalau setakat laki cam ni,
sekali Maya petik je jari yang datang siap beratur lagi.


Rasa pilu dan hiba apabila Abang Senapang menuduh Maya yang bukan-bukan. Juga rasa pilu dan hiba berserta cucuran air mata apabila Abang King dan Abang Kari cuba menggunakan blog Maya sebagai medan pergaduhan. Namun tidak berkuasa untuk Maya menghalang.

Mujurlah ada Abang Jeff, Abang Brotherhood dan Cucu Tok Selampit yang memberi kata-kata semangat untuk Maya menulis apa yang tersimpan di hati.

Hakikatnya Maya telah lama menangis.

Maya mengangis kerana khazanah milik negara seperti 5% saham Telekom Malaysia terjual kepada negara Singa disebabkan oleh sifat tamak seorang manusia yang pernah menjadi menantu kepada seorang pemegang kuasa. Mungkinkah si menantu menjadi broker hanya atas dasar komisyen sahaja?

Hingga ke hari ini Maya masih menangis dan bertambah sedih apabila melihat si menantu masih bebas ke sana sini seolah-olah tiada apa yang pernah terjadi. Dan bertambahlah laju cucuran air mata Maya apabila melihat si menantu cuba mencari sokongan dengan menubuhkan KJFC demi mewujudkan persepsi si menantu amat disayangi. Maya lagi suka KFC boleh jilat jari. Tapi dengan KJFC tak sanggup Maya nak jilat si Khairy.

KJFC, tak kuasa la Maya nak menjilat si Khairy

Tangisan Maya bukan hanya berpunca dari satu fakta. Maya ada mendengar cerita bahawa baru-baru ni Maybank dalam perancangan untuk membeli BII dengan harga RM 8 billion padahal harga market hanya RM 2.1 billion.

Disebabkan kekecohan, pembelian itu dibatalkan. Yang Maya tak faham kenapa pula satu syarikat di negara Singa dibayar RM 480 million sebagai pendahuluan. Pendahuluan itu hangus begitu sahaja walaupun pembelian tersebut dibatalkan. Siapa agaknya yang mendapat share daripada pendahuluan RM 480 juta, si menantu juga ke?


Patut la Maya dengar cerita si menantu ni main tabur duit je masa pemilihan Ketua Pemuda. Memang banyak duit rupanya dia. Bila dah menang pakai duit ramai pulak yang membangkitkan rasa tidak puas hati. Tetapi demi untuk menunjukkan bahawa si menantu ni disukai, maka terciptalah KJFC.

Itulah antara sebab tangisan Maya. Dulu Maya menangis keseorangan. Tapi kini dengan adanya laman virtual harapnya tangisan Maya dapat dikongsi bersama. Jika rakan-rakan bersimpati, tiada apa yang Maya pinta, hanyalah sekadar sekotak tissue sahaja.