Maya menangis bukan pasal gambar ni. Kalau setakat laki cam ni,sekali Maya petik je jari yang datang siap beratur lagi.
Rasa pilu dan hiba apabila Abang Senapang menuduh Maya yang bukan-bukan. Juga rasa pilu dan hiba berserta cucuran air mata apabila Abang King dan Abang Kari cuba menggunakan blog Maya sebagai medan pergaduhan. Namun tidak berkuasa untuk Maya menghalang.
Mujurlah ada Abang Jeff, Abang Brotherhood dan Cucu Tok Selampit yang memberi kata-kata semangat untuk Maya menulis apa yang tersimpan di hati.
Hakikatnya Maya telah lama menangis.
Maya mengangis kerana khazanah milik negara seperti 5% saham Telekom Malaysia terjual kepada negara Singa disebabkan oleh sifat tamak seorang manusia yang pernah menjadi menantu kepada seorang pemegang kuasa. Mungkinkah si menantu menjadi broker hanya atas dasar komisyen sahaja?
Hingga ke hari ini Maya masih menangis dan bertambah sedih apabila melihat si menantu masih bebas ke sana sini seolah-olah tiada apa yang pernah terjadi. Dan bertambahlah laju cucuran air mata Maya apabila melihat si menantu cuba mencari sokongan dengan menubuhkan KJFC demi mewujudkan persepsi si menantu amat disayangi. Maya lagi suka KFC boleh jilat jari. Tapi dengan KJFC tak sanggup Maya nak jilat si Khairy.
Tangisan Maya bukan hanya berpunca dari satu fakta. Maya ada mendengar cerita bahawa baru-baru ni Maybank dalam perancangan untuk membeli BII dengan harga RM 8 billion padahal harga market hanya RM 2.1 billion.
Disebabkan kekecohan, pembelian itu dibatalkan. Yang Maya tak faham kenapa pula satu syarikat di negara Singa dibayar RM 480 million sebagai pendahuluan. Pendahuluan itu hangus begitu sahaja walaupun pembelian tersebut dibatalkan. Siapa agaknya yang mendapat share daripada pendahuluan RM 480 juta, si menantu juga ke?

Patut la Maya dengar cerita si menantu ni main tabur duit je masa pemilihan Ketua Pemuda. Memang banyak duit rupanya dia. Bila dah menang pakai duit ramai pulak yang membangkitkan rasa tidak puas hati. Tetapi demi untuk menunjukkan bahawa si menantu ni disukai, maka terciptalah KJFC.
Itulah antara sebab tangisan Maya. Dulu Maya menangis keseorangan. Tapi kini dengan adanya laman virtual harapnya tangisan Maya dapat dikongsi bersama. Jika rakan-rakan bersimpati, tiada apa yang Maya pinta, hanyalah sekadar sekotak tissue sahaja.

