Saturday, July 25, 2009

Maya Menangis Tak Siapa Yang Tahu!


Maya menangis bukan pasal gambar ni. Kalau setakat laki cam ni,
sekali Maya petik je jari yang datang siap beratur lagi.


Rasa pilu dan hiba apabila Abang Senapang menuduh Maya yang bukan-bukan. Juga rasa pilu dan hiba berserta cucuran air mata apabila Abang King dan Abang Kari cuba menggunakan blog Maya sebagai medan pergaduhan. Namun tidak berkuasa untuk Maya menghalang.

Mujurlah ada Abang Jeff, Abang Brotherhood dan Cucu Tok Selampit yang memberi kata-kata semangat untuk Maya menulis apa yang tersimpan di hati.

Hakikatnya Maya telah lama menangis.

Maya mengangis kerana khazanah milik negara seperti 5% saham Telekom Malaysia terjual kepada negara Singa disebabkan oleh sifat tamak seorang manusia yang pernah menjadi menantu kepada seorang pemegang kuasa. Mungkinkah si menantu menjadi broker hanya atas dasar komisyen sahaja?

Hingga ke hari ini Maya masih menangis dan bertambah sedih apabila melihat si menantu masih bebas ke sana sini seolah-olah tiada apa yang pernah terjadi. Dan bertambahlah laju cucuran air mata Maya apabila melihat si menantu cuba mencari sokongan dengan menubuhkan KJFC demi mewujudkan persepsi si menantu amat disayangi. Maya lagi suka KFC boleh jilat jari. Tapi dengan KJFC tak sanggup Maya nak jilat si Khairy.

KJFC, tak kuasa la Maya nak menjilat si Khairy

Tangisan Maya bukan hanya berpunca dari satu fakta. Maya ada mendengar cerita bahawa baru-baru ni Maybank dalam perancangan untuk membeli BII dengan harga RM 8 billion padahal harga market hanya RM 2.1 billion.

Disebabkan kekecohan, pembelian itu dibatalkan. Yang Maya tak faham kenapa pula satu syarikat di negara Singa dibayar RM 480 million sebagai pendahuluan. Pendahuluan itu hangus begitu sahaja walaupun pembelian tersebut dibatalkan. Siapa agaknya yang mendapat share daripada pendahuluan RM 480 juta, si menantu juga ke?


Patut la Maya dengar cerita si menantu ni main tabur duit je masa pemilihan Ketua Pemuda. Memang banyak duit rupanya dia. Bila dah menang pakai duit ramai pulak yang membangkitkan rasa tidak puas hati. Tetapi demi untuk menunjukkan bahawa si menantu ni disukai, maka terciptalah KJFC.

Itulah antara sebab tangisan Maya. Dulu Maya menangis keseorangan. Tapi kini dengan adanya laman virtual harapnya tangisan Maya dapat dikongsi bersama. Jika rakan-rakan bersimpati, tiada apa yang Maya pinta, hanyalah sekadar sekotak tissue sahaja.

19 comments:

PawanaMelati said...

Jangan kan satu kotak , satu lori tissue pun bagi kalau semangat macam ni..

Parpu Kari said...

Maya, Abang Kari ingin mohon maaf ya, abang kari tak berniat pun nak menakutkan maya apatah lagi nak bagi maya nangis, percayalah abang kari lagi baik dari KJ!

Wah, maya biar betul KJ ni? Ini tak leh biar ni Maya..ish ish ish...bongkarkan lagi maya..

MANTRA said...

Salam Maya

No wonder, KJ is so jumpy when KitSiang named him 'The richest unemployed' in Malaysia... This is how he stole from us... Damn!

Detguaq said...

Mohon linkkan blog ini dengan blog picisan saya.
tqvm

Pejuang Bangsa said...

Ni blog hang ni baru saja muncul ..sapa bayar ??? orang buat blog sudah lama ,hang buat blog cerita pasal KJ,kutuk KJ ...apa guna semua ni ??orang seperti hang ini adalah musuh dlm selimut .. selaku penyokong UMNO ,sepatutnya kita lawan PR tetapi hang ni tikam belakang ..

Jeffry said...

Inipun blog kepunyaan parpukari. Saja nak buar provokasi kat KJ. Hampeh!...

Parpu Kari said...

LAGI SEKOR BERUK BELAAN SI KJ YANG TENGAH MEROYAN, LANTAK KORANG LA WAHAI JEFFRY DUPLICATE!

BEBUDAK KJ DAH GILA MEROYAN, ASAL ADA ORANG KUTUK KJ JE, MESTI DEPA SALAHKAN AKU PUNYA, KIORANG PERASAN TAK, PERANGAI PENCACAI SI JUTAWAN YANG MENGANGGUR NI TAK UBAH MACAM PEMBANGKANG YANG ASYIK NAK SALAHKAN UMNO JE..

MUAHAAHHAHAHAHAHAHA

eXception said...

Ha ha ha ha... semua penjilat KJ... Mengampu KJ jer lebey...

eXception said...

My... my.... ramai betul pengampu KJ ni ek... hu hu hu hu...

MANTRA said...

Pejuang Bangsa... nampak dah gentar!

Tolonglah fikir2kan siapa sebenar musuh dalam selimut UMNO... Maya pasti ada jawapannya... jangan pula kamu pengsan dengan kegiatan haram KJ....

Singh Is Kinng said...

Ha ha seteru aku ada kat sini.

Alahai pejuang bangsa, kat blog pompuan je ngko berani berkokok rupanya. Masa aku attack geng pengampu KJ kat darker side semua kecut belaka, sorang pun tak nampak muka.

Parpu Shahab, kalau betul lu buat blog ni aku respek sebab hang ni memang talented, dan memang bakat cam ni si KJ nak sangat. Tapi bila aku baca si Maya ni pompuan habis.

Tak pe Maya, jangan risau ngan puak-puak KJ ni, depa ni semua jenis berani ngan pompuan je. Abang king dah hentam hampir semua geng depa dan semuanya senyap je, takde sorang pun yang berani menjawab.

Satu lagi nak tanya kat pengampu KJ, mana pi si askar pencen SUKJ?

Bye bye Maya.

Maya Khairy said...

Terima kasih abang2 suma kerana sekali lagi meriahkan blog Maya.

Abang Pawana, memang Maya nak satu lori sebab Maya akan banyak menangis magi lepas ni.

Abang Kari, pelik ya cam mana orang kata kita ni sama. Tapi kalau depa kata Maya ni abang kari bangga juga sebab abang kari kan glamour.

Kak Mantra, maaf hari tu silap panggil abang, bila tengok profile rupanya kita ni sama, kaum hawa. Ingatkan Maya sorang je pompuan yang lebih sayangkan bangsa berbanding dengan menantu si Dollah. Musuh dalam selimut ni memang tidak boleh ajak tidur bersama.

Abang Detguaq, Maya cuba buatkan jika ada kesempatan masa, lagi pun tak berapa pandai lagi, baru je ambil kursus anjuran UMNO putri.

Abang Pejuang, musuh dalam selimut tu yang jenis pengecut. Macam kata abang King, bila dicabar tak pula tunjuk muka! Saya tak menikam sebab saya tak boleh tikam, kan saya ni pompuan.

Abang Jeff, hari tu kan bagi kata-kata semangat kat Maya, kenapa hari ni berubah arah pula, sedih Maya dibuatnya. Tak pe lah, Maya menangis tak sape yang tahu.

Abang Exception, biarlah depa berkunjung sini demi mencari kebenaran hakiki.

Abang King, nampaknya abang kenalah tembak depa lagi, tapi kalau boleh bukanlah kat sini.

amirhamzah64 said...

salam maya,
blog maya sama warna macam blog Teja 'cinta dan air mata'. Orang pempuan memang suka warna pink gamaknya. Ubuh lah gambo bunga-bunga sikit baru la nampah lebih real pempuan yang punya. hehehe

Pejuang Bangsa said...

hang jgn dok menipu la hang ni perempuan ... orang tengok pun dah tahu ini keja laki ..haha kelakar la nak tipu tak menjadi ..

Harimau-Menaip said...

Maya,

Maya jilat abang je lah...

Abang adalah blogger paling tampan tau..

hehehehe..

Salam ukhwah!

Harimau-Menaip said...

Kari,

Maya ni jantan lah. Hang gay ko?

Jeffry said...

SLM ADINDA MAYA..MLM NI KITA JUMPA KT BWH POKOK KETAPANG JAM 12 MLM BLH TAK MAYA? HEHEHE. NANTI ABG BANJE KJFC..EH SLH!..KFC :-D

Jeffry said...

Maya nie spesis bapok. Nama Maya waktu malam tapi siang nama dia Maniam juga spesis parpukari. Tengok profile jantan.

Parpu Kari said...

BETUI KA HARIMAU MAYA NI JANTAN? ISH TAKKAN KOT DARI GAYA BAHASA BOLEH TAU DIA NI AWEK CUN NI...HE HE HE

MAYA HANG NI JANTAN KA BETINA?