Showing posts with label Bajet 2010. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2010. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Bajet Tahunan - Khairy Bertepuk Sebelah Tangan


Ehsan dari blog Anak Omak

Maya masih menunggu, sedang menunggu dan akan menunggu sebarang pernyataan daripada YAB DS Najib mengenai cadangan Khairy dalam persidangan UMNO tempoh hari. Tambahan pula bajet tahunan telahpun dibentangkan semalam, dan amat menyedihkan kerana tidak ada tanda-tanda sokongan DS Najib terhadap KJ punya cadangan.

Kalau diikutkan pendapat segala penjilat KJ di alam siber, cadangan Khairy si menantu amatlah tepat pada waktu dan juga YAB DS Najib akan memberi sokongan padu. Maya tidak menipu dan merapu, petikan di bawah diambil dari blog pencacai KJ nombor satu:

"Dirangkumkan dan diterjemahkan dalam perhimpunan UMNO beberapa hari yang lalu, Khairy berjaya memberikan fokus kepada tanggung jawab dan amanah yang diberikan kepada beliau oleh Perdana Menteri untuk menumpukan dan memperkasa kan Pemuda UMNO."

Si pencacai anak omak yang menulis dan memuja Khairy seperti dewa bernama Parang Sasau. Kalau nak tahu bagaimana tahap mentaliti dan pemikirannya, bacalah komen yang pernah beliau tulis dalam blog Maya.


Jika benar ucapan Khairy tempoh hari boleh memperkasakan UMNO, DS Najib sudah tentu telah bersedia dengan langkah susulan demi menyambut KJ punya cadangan. Maklumlah ... demi memperkasakan UMNO kecil tapak tangan nyiru DS Najib tadahkan.

Ataupun sememangnya ucapan Khairy tempoh hari telahpun diketahui ramai termasuk DS Najib bahawa ianya adalah semata-mata retorik politik. Pendapat Maya pula si budak Oxford ni memang langsung tak ada idea dalam mempergunakan jawatan Ketua Pemuda untuk menarik orang ramai kembali kepada UMNO.

Semestinya dungu si budak Oxford ni langsung tidak boleh dijadikan ikutan. Khairy cuba menjual modal politik murahan dengan menawarkan duit pampers bagi setiap kelahiran. Aduh ... adakah kerana masih ramai lagi pemuda membenci Khairy maka sokongan kini cuba dicari dan dibeli dari golongan bayi?

Adakah bayi-bayi ini terpegun dengan janji pampers Khairy?

Itulah dia rumusan Maya mengenai ucapan si Khairy tempoh hari. Tidak ada satupun Khairy punya buah fikiran disambut oleh DS Najib semasa pergulungan. Maka pada realiti si anak omak sememangnya bertepuk sebelah tangan.

Akan tetapi ucapan Khairy diberi publisiti besar-besaran oleh segala blogger pencacai demi melindungi hakikat dan kebenaran bahawa KJ bertepuk sebelah tangan. Maka segala gerombolan seperti Raksasa BN, Pejuang Siber, Bro Jinggo dan Wenger cuba menghulur tangan untuk menyambut KJ punya tepukan ... Alahai kesian -kerana ianya masih tidak juga kedengaran.