Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

Segerakan Tindakan UMNO Ku Sayang!

Mintak ampun mintak maaf sebanyak mana yang ada, bukan niat Maya untuk memberi arahan apakah yang patut dilakukan oleh para pembesar UMNO. Tetapi jika keadaan ini dibiarkan, bagaikan luka yang masih lagi belum sembuh diletakkan garam, aduh sakit bukan kepalang.

Khairy si menantu Pak Lah adalah makhluk yang menyebabkan UMNO luka berdarah. Kemenangan Khairy yang disambut dengan laungan RASUAH adalah bukti bahawa si anak omak ni boleh dan sedang membuat UMNO kembali lemah. Mana tidaknya, tanggapan di kalangan anak muda kini ialah UMNO rasuah punya parti disebabkan kemenangan Khairy.

Pembesar UMNO perlu bertindak segera dengan mengambil tindakan ke atas Khairy. Laungan diluar dewan tempoh hari adalah satu bukti yang nyata bahawa kemenangan Khairy disebabkan politik wang semata-mata. Kenapa perlu lagi mengambil masa?



Pembesar UMNO tidak perlu bimbang akan adanya perpecahan parti jika tindakan diambil ke atas Khairy. Malah jika tindakan diambil ke atas Khairy, ianya akan disambut dengan senang hati, khususnya oleh penyokong akar umbi. Masakan tidak, akar umbi juga faham sokongan kepada UMNO merosot pada tahun 2008 disebabkan oleh Pak Lah-Khairy punya pukulan.

Maya bercakap bukan bermodalkan air liur sahaja, tetapi berpandukan statistik dan fakta. Lihat sahaja jenis-jenis penyokong Khairy di dunia maya. Walaupun boleh dikatakan banyak blog pro KJ dalam dunia siber, tapi kewujudan mereka ini sebenarnya tidak sangat membantu UMNO, cuma hanya untuk mempromosi "Tuan" mereka sahaja.

Satu lagi yang cukup mengerankan Maya, KJ nampaknya sengaja membiarkan kerosakan yang dilakukan diketahui ramai dan dikaitkan pula dengan UMNO. Ianya seolah-olah satu konspirasi untuk memburukkan dari dalam. Segala tuduhan ke atas Khairy tidak dinafikan secara intelektual oleh KJ punya trooper, sebaliknya mereka ini seperti Bro Jinggo dan seangkatan dengannya hanyalah menjadi bahan ketawa.


Oleh itu Maya menyeru kepada mereka yang mempunyai jurisdiksi untuk menentu, segerakan tindakan ke atas si menantu. Seandainya lebih banyak masa diberi maka lebih banyak kerosakan akan dilakukan oleh si Khairy. Sudah cukup setakat ini, Maya tidak mahu menangis lagi.

Friday, July 31, 2009

Laungan RASUAH Sebagai Bukti Betapa Jijiknya Khairy



Masih segar dalam ingatan Maya akan kejadian yang berlaku pada bulan March lalu. Ketika itu Maya dalam persediaan menduduki peperiksaan. Satu hakikat yang susah untuk Maya terima bahawa Khairy telahpun menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Maya telahpun dikejutkan setahun sebelumnya apabila keputusan Pilihan Raya 2008 menunjukkan BN hampir kecundang. Sebak hati Maya dengan keputusan yang tidak pernah diduga oleh benak fikiran. Maka Maya berbincang bersama kekawan di kampus akan punca kejadian dan sebagai kesimpulan hanya dua nama sahaja yang disebut-sebutkan, Dato' Seri Abdullah Badawi dan Khairy.

Bukannya Maya tidak pernah mendengar nama Khairy sebelumnya, tetapi suasana kampus tidak memerlukan itu semua. Apa yang penting ialah kuliah dan tutorial. Tetapi apabila disebut-sebut Khairy sebagai punca, berbekalkan laptop ini Maya cuba mencari dalam dunia siber siapakah Khairy sebenarnya.

Masya Allah berbagai-bagai cerita semuanya ada, sama ada sedap atau tidak sedap dipandang oleh mata. Maya baca hampir semuanya termasuklah cerita mengenai hubungan sulit Khairy Jamaluddin dengan Maya Karin. Ruang siber adalah medan untuk mencurahkan buah fikiran tanpa batasan, maka Maya tidak telan semua yang terhidang.

Untuk mencari kepastian, Maya menghubungi akak-akak senior yang sedang bergiat dalam Puteri UMNO. Dan sesungguhnya Maya bagaikan berada dalam mimpi ngeri apabila seorang akak senior menjawab dengan pasti bahawa itulah sebenarnya Khairy.

Maya menaruh harapan besar agar Khairy diberi pengajaran sebenar apabila dijatuhkan dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO. Bagi Maya mana mungkin makhluk perosak seperi Khairy yang hampir membuat UMNO rebah akan diberi sokongan nanti, walaupun hanya dengan satu undi.

Tetapi akhirnya tanggapan Maya salah belaka. Setelah keputusan diumumkan Maya bagaikan berada dalam mimpi ngeri sekali lagi apabila diketahui Ketua Pemuda adalah milik Khairy. Seribu pertanyaan timbul di benak fikiran bagaimana barisan pemuda memberi kepercayaan kepada makhluk yang secara terang-terangan telahpun melakukan kerosakan.

Setelah beberapa hari berlalu sudah, pertanyaan Maya tadi terjawab dengan mudah apabila youtube memaparkan klip bersejarah bahawa sebenarnya KJ ADALAH PERASUAH.