Saturday, July 25, 2009

KFC vs KJFC

Kalau KFC tu tahu lah Maya, sehingga menjilat jari. Tapi dengan KJFC susah juga Maya nak bagi tag line sebab apa yang nak dijilat Maya belum kenal pasti lagi. Yang Maya tahu KJFC ni ialah Kelab Penyokong Khairy dalam FB.

KFC - Sehingga menjilat jari

Entah berapa banyak support group untuk Khairy dalam FB. Dia ni gila glamour ke? Tahu la Maya dia ni Ketua Pemuda UMNO. Tapi Maya ada kemusykilan, bagaimana si KJ ni menang?

Maklumlah Maya ni bukannya orang UMNO. Pernah juga tergerak hati nak join UMNO Puteri tapi borang kena tolak pada peringkat cawangan lagi. Ada la Maya dengar cerita terdapat individu tertentu yang jealous rupanya.

KJFC - Jangan pulak cuba nak menjilat si Khairy!!!

Cerita pasal KJ Support Group, mungkin juga Khairy rasa bahawa dirinya tidak cukup famous lagi sehingga dikerah angkatan penjilat untuk melancarkan kempen dalam FB? Pasal jilat ni Maya hanya suka jilat jari bila makan ayam KFC, diulangi, ayam KFC bukan KJFC.


Pendapat Maya pula, kenapa pulak nak kecoh pasal cari sokongan dalam FB, bukannya boleh gerenti menang pilihan raya nanti. Jika diri itu telahpun dinobatkan sebagai liabiliti buatlah sampai sepuluh Support Group ianya tidak akan mengubah persepsi.

Maya kesian dengan para pendokong Khairy berpenat lelah mencari penyokong untuk KJFC.

Maya rasa lebih baik jika si Khairy panggil semua penyokong di seluruh pelusuk negeri dan belanja makan KFC, perut kenyang maka suka lah hati.

Maya pun nak join sekali!!!

24 comments:

PEJUANG CYBER said...

KESIAN NGAN BUDAK HINGUSAN NI... BUDAK HINGUSAN INI HINGUS MASIH MELELEH, TAK HEBAT MANA PON.

INGATLAH WAHAI SAUDARAKU, ALLAH SENTIASA MEMERHATI TINGKAHLAKU MU... INSAFLAH... TAK BAIK BUAT KERJA MACAM NI DEK... NASIHAT AKU, BUATLAH KERJA YANG LEBIH BAIK SELAIN DARI MENYIMPAN HASAT DENGKI PADA SESEORANG...

AKU INGAT KO DAH SEDAR, APABILA AKU BERI TEGURAN PADA KO TEMPOH HARI.... RUPANYA, KO MENYIMPAN DENDAM!!!!

DAH LA.... CARA KO MENULIS PON AKU TAHU SIAPA KO... HENTIKANLAH PERBUATAN INI....

RAPATKAN BARISAN, KUKUHKAN BENTENG PERTAHANAN... SESUNGGUHNYA KITA PERLU RAMPAS NEGERI YANG TELAH HILANG DARI TANGAN PEMBANGKANG....

DEK... TAK BAIK SIMPAN DENDAM....

IGT PESANAN INI... KITA BERJUANG KERANA KEIKLASAN HATI, BUKAN KERANA NAMA.

bro brotherhood, said...

As-Salam Maya/Virtual,..heheh,..apo nak dikato,.. dats d problem ngan KJ nih asyik branding dia je,.. its all about branding,..wakaka,.. wats d meaning of d initial KJFC? KJ Fan Club ke or KJ Football Club,..wakaka,.. myteam ape cite ekk,..heheh,..nampak saangat KJ ni anak didik bro AnWar,..mencari populariti by deception..wat else can I say,..heheh,..(,")
Keep on Blogging & exposing wat ever u can,..ciao..

http://brobrotherhood.blogspot.com

Anonymous said...

SLM M.K..BTUL CKP BROHOOD TU..HMMM KDG2 APABILA BERJUANG KERANA NAMA BLUM TENTU DPT APA YG MEREKA INGINKAN..TP KLU BERJUANG DI SERTAKAN SEKALI DGN WANG RINGGIT AKAN MENENTUKAN KEJAYAAN. ITU LA YG KJ DH LAKUKAN. DIA ADALAH LIABILITI DAN PATUT DI DISPOSE AJE

Maya Khairy said...

Abang Senapang Patah,

Rasanya kita tak pernah kenal each other, lainlah kalau abang terperasan kenal saya, maklum lah kan saya ni famous.

Kenapa tuduh saya menyimpan dendam, saya dengan khairy dulu pun bukan ada apa-apa.

Jangan tuduh membabi buta, silap-silap kalau tak jadi babi abang boleh jadi buta hati.

Maya Khairy said...

Abang brotherhood,

Terima kasih kerana faham apa yang cuba nak sampaikan.

Maya Khairy said...

Abang Jeffry,

Maya pun rasa cam tu, dia menang sebab main fulus.

mantra-indeeptots said...

me no fan of KFC and KJFC... but me a follower of WHKJ... walla 9,169 members

Senapang Patah, jaga-jaga... mantra is here! Jangan nak tembak samberono...

Cucu Tok Selampit said...

Dear Maya,

Salam perkenalan dari Cucu Tok Selampit. Terima kasih kerana menziarahi blog saya. Jangan bimbang untuk meneruskan perjuangan. Abang seniormu ini akan sudi membantu di dalam perjuangan ini sekiranya dirimu memerlukan pertolongan. Untuk rekod, saya sukakan KFC dan bukannya yang lagi satu. Terima Kasih.

Singh Is Kinng said...

Hi Maya,

Wow senapang pun ada. Kak Jee bukan ke senapang ni dah kena jual.

Pandai pula si senapang ni berpesan nak rampas balik negeri. Boleh ngko cerita apakah faktor utama BN hilang lima negeri, tak lain dari Dollah dan Khairy.

Jangan cuba alihkan panadangan dari eraliti dengan membuat berbagai-bagai branding untuk Khairy. Hakikat sebenar Khairy merupakan punca kepada segala masalah, sehingga UMNOhampir rebah.

Ingatkan senapang ngko dan reti, tapi rupanya mata masih terpejam dan hati makin kelam, dan makin lalai apabila terkena KJFC punya hidangan, jilatlah ngko sampai kenyang.

Wassalam.

PARPUKARI said...

HAI MAYA!

WAH BEST BLOG NI! BAGUS MAYA, SAYA PUN GETIK DAN MELUAT TENGOK KJ AND THE GANG NI, NAK TERMUNTAH PUN ADA, DEPA NI INGAT DEPA TERER SANGAT, PADAHAL DEPA NI TAK UBAH IBARAT MELUKUT DI TEPI GANTANG JE..

TU SI SENAPANG PATAH AKA BERUK JINGGO TU, MAMAT NI SORANG JE TAPI DOK JAGA DEKAT 10 BLOG LA KALAU KORANG NAK TAU....KJ BAYAR BAIK PUNYA NI...MUAHAHAHAHAA

BRO SINGH, DEPA NI TAK SEDAR DIRI LAGI LA BRO, KITA HAMPIR HILANG KUASA DISEBABKAN OLEH AL FLIP WAL FLOPPY DAN KERA JANTAN NI....MASIH DOK BERLAGAK LAGI NI..KKKHHHHAAAAKKK PPPTTTUUIIIHHH KAT DEPA NI LA...MUAHAHAHAHAHAHA

SORRY MAYA, ABG PARPU NAK LUAHKAN PERASAAN JE, KALAU BOLEH MAYA BONGKARKAN LALAGI BANYAK2 NANTI ABG PARPU LINK KAN BLOG MAYA DENGAN ABG YA...HE HE HE..


ABG HAPPY BETUL DAPAT JUMPA BLOG MAYA NI....TQ SEBAB SUDI DTG BLOG ABG YA MAYA..

Cincin Hikmat said...

Manik Urai tuu kalah tipis sebab KJ turun...
aku ingat kalau dia tak pergi kempen manik urai tuu dah lama BN menang....

p/s-rasanya BN kalah sebab dia

Yang Benar,
Aku benci sontot

eXception said...

Maya, aku sokong apa yg ko dedahkan dlm blog nko... Aku juga tak suka Khairy, cmne pengamal politik wang boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda. Lgpun KJ ni banyak menyerang blog-blog yang tak suka dia... Antara yang terkena, Parpukari. Walaupun aku ahli UMNO, tp x semestinya aku sokong KJ ni... Auta je lebey... Apapun, teruskan menulis jika nak copy sebarang artikel dari blog aku, aku bagi Green light... Tapi dengan syarat, kat bawah artikel mesti le letak dari sumber mana nko copy... wokeh??

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Tok Pawi said...

Hello Maya sayang. Abang Atok pun tingin nak berkenalan dengan Maya. Tahniah kerana blog ni dapat kunjungan blogger yang hebat-hebat di alam maya ini. Depa ni pantang dengar orang mengata KJ, depa pun nak tumpang sekaki. KJFC hantar invitation kepada Abang Atok untuk join group tu, tapi telah diignore oleh Atok. SU KJFC pun invite secara personal, tapi Abang Atok kata baik-baik - no thank you. I'm not a fan, nor a supporter of KJ. Cuma tak cakap je yang Abang Atok nak start group KJHC - KJ Hate Club. Bagaimanapun Maya sayang jangan takut kepada Abang Atok sebab Abang Atok tak seganas nama-nama yang di atas. Siap nak langgor KJ dengan kapcai kalu jumpa kat mana-mana.

eXception said...

Amboi Parpu... Macam nak ngayat je si Maya ni... Lain mcm betul bahasa nko, berbunga habis.... He he he he he...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

eXception said...

So aku dah masukkan blog nko dlm blog list aku, jgn lupa taruk alamat blog aku ke dalam blog list nko... Secara tak langsung, akan menambahkan lagi blogger lain melawat blog nko... Aku bagi nko tabik spring namblas kali...

http://exception2008.blogspot.com/

Maya Khairy said...

Bestnya ramai abang-abang kat sini kasi meriah blog Maya yang tak seberapa ni. Maya sayang ngan abang-abng semua.

Abang Mantra dan Abang Cucu, terima kasih atas sokongan.

Abang King dan Abang Kari, Maya mintak tolong jangan la gaduh-gaduh kat sini. Maya cuba luahkan kata-kata dengan penuh budi bahasa.

Abang Cincin, Maya setuju kalau menantu tak pi MU rasanya boleh menang UMNO.

Abang Atok, ehhh rasa semacam pulak. Kalau Atok buat KJHC tak perlulah nanti kita yang join ni kena jilat si Khairy.

Abang Exception, nanti saya linkkan. Maklumlah Maya hanya baru belajar buat blog ni, ambil kursus anjuran UMNO Putri.

Michael Angelo said...
This comment has been removed by the author.
Khaimuyo said...

Apa la lu Maya... Gua tarak sukala ini macam punya hantam.. lu manyak marah sama kj apa pasai? Kasi la dia tunjuk dia punya cara sbg ketua pemuda, tarak padulila dia menang jwtn KP cara tipu ka, dia dulu suda kasi kalah 5 nagri ka, pastu dia juga kasi kalah itu manik mengurai ka... Gua nak tgk dia boley bwk itu pemuda mcm mana ini 3 taun, jgn taruh sama dia la dlm blog,,, taruh dlm paper trus la, baru berani..taruh lu punya nama busat2.. gua sokong tiga2,, itu pasai gua punya nama khaimuyo... gua mau tgk pemuda jadi balik mcm dulula.. dato harun ka, jaapar albar ka,manyak sedey la pemuda sikarang.. manyak gadoh, sapa untung? lagi lu mau kasi pemuda sikarang ada itu rasa benci2 ka... aiya tarak baguih lo..

mantra-indeeptots said...

Maya... nak tanya dan nak confirm. Blog ni blog Parpu Kari atau yr blog... please don't confuse me...

Somehow, the way u write is so much different. Whatever it is, keep on nailing that Prince of Darkness... Good start thou!

Generasi Pejuang Bangsa said...

KJ bukan gila glamour tetapi ini inisiatif penyokong KJ dalam UMNO . FB KJ sendiri sudah penuh friend dan lebih baik ditubuhkan Group KJFC dalam FB.

Cincin Hikmat ,

di MU ,penyokong muda Manik Urai kembali menyokong UMNO kerana usaha Pemuda UMNO yang diketuai KJ yang lebih mesra rakyat ,tiada protokol dan memahami kehendak golongan muda. Semasa kempen ,KJ melaporkan terdapat ramai penyokong PAS yang terdiri dr golongan muda akan undi BN dan terbukti bila kita lihat keputusan di saluran 3 dan 4 BN menang.. Lain kali cakap jangan main serbu ,ada fakta la sikit ...

mantra-indeeptots said...

Pejuang Bangsa... berapa hari dalam FB?

FB anti-KJ dah hampir 10,000 ahli... KJFC dah capai 1,000ke? Bila ditelek2... 4 atau 5 orang je yang rajin comment wall KJ... cakap biar serupa bikin...

Generasi Pejuang Bangsa said...

aku pun hairan kenapa hang pa ini semua benci KJ sangat ?? awat KJ ada buat salah kat keluarga hang ka ?? yang Anwar dok gila punya dok attack UMNO siang malam hangpa senyap buat bodoh .

Ini nak jatuhkan seorang pemimpin Melayu, yang bekerja untuk parti Melayu sendiri .. apa punya kerja semua ini...hang ni semua memang melayu nak jatuhkan melayu sendiri ,penuh hasad dengki dlm diri... tapi benda kalau jahat nak buat kepada orang baik kalau Allah tak izin tak jadi juga..ingat tu .... KJ menang kerana Allah telah letak nama dia dan takdir telah buat dia menang ...

Edryna Wanie said...

KJFC ditubuhkan inisiatif penyokong2 KJ sendiri.

Tiada kene mengena KJ mengerah atau menyuruh penyokong2 nya menubuhkan FC ini utk mencari publisiti.

Kami penyokong2 KJ akn sentiasa berada di belakang KJ walau apapun tohmahan yg dilakukan.

Tuhan sentiasa bersama org2 yg bersabar.
Skali kita menunding jari mencari salah org lain, ingatlah, 9 jari lagi akn menunding salah ke kita.

Salam setiakawan.

kassim pantalon said...

AZALINA ,KHAIRI,KHIR TOYO ,HISHAMUDIN HUSIN(PPSMI) SEMUA PEMIMIPIN DIATAS SUDAH HILANG KREDIBILITY MENGAPA HARUS MENYOKONG MEREKA LAGI.MAKIN PARAH DAN LEMAH UMNO JIKA ORANG-ORANG SEBEGINI BERKUASA.SELAMATKAN UMNO DARI MEREKA-MEREKA YANG RASUAH,PENTINGKAN DIRI DAN TIDAK BERKALIBER.