Sunday, August 16, 2009

Segerakan Tindakan UMNO Ku Sayang!

Mintak ampun mintak maaf sebanyak mana yang ada, bukan niat Maya untuk memberi arahan apakah yang patut dilakukan oleh para pembesar UMNO. Tetapi jika keadaan ini dibiarkan, bagaikan luka yang masih lagi belum sembuh diletakkan garam, aduh sakit bukan kepalang.

Khairy si menantu Pak Lah adalah makhluk yang menyebabkan UMNO luka berdarah. Kemenangan Khairy yang disambut dengan laungan RASUAH adalah bukti bahawa si anak omak ni boleh dan sedang membuat UMNO kembali lemah. Mana tidaknya, tanggapan di kalangan anak muda kini ialah UMNO rasuah punya parti disebabkan kemenangan Khairy.

Pembesar UMNO perlu bertindak segera dengan mengambil tindakan ke atas Khairy. Laungan diluar dewan tempoh hari adalah satu bukti yang nyata bahawa kemenangan Khairy disebabkan politik wang semata-mata. Kenapa perlu lagi mengambil masa?



Pembesar UMNO tidak perlu bimbang akan adanya perpecahan parti jika tindakan diambil ke atas Khairy. Malah jika tindakan diambil ke atas Khairy, ianya akan disambut dengan senang hati, khususnya oleh penyokong akar umbi. Masakan tidak, akar umbi juga faham sokongan kepada UMNO merosot pada tahun 2008 disebabkan oleh Pak Lah-Khairy punya pukulan.

Maya bercakap bukan bermodalkan air liur sahaja, tetapi berpandukan statistik dan fakta. Lihat sahaja jenis-jenis penyokong Khairy di dunia maya. Walaupun boleh dikatakan banyak blog pro KJ dalam dunia siber, tapi kewujudan mereka ini sebenarnya tidak sangat membantu UMNO, cuma hanya untuk mempromosi "Tuan" mereka sahaja.

Satu lagi yang cukup mengerankan Maya, KJ nampaknya sengaja membiarkan kerosakan yang dilakukan diketahui ramai dan dikaitkan pula dengan UMNO. Ianya seolah-olah satu konspirasi untuk memburukkan dari dalam. Segala tuduhan ke atas Khairy tidak dinafikan secara intelektual oleh KJ punya trooper, sebaliknya mereka ini seperti Bro Jinggo dan seangkatan dengannya hanyalah menjadi bahan ketawa.


Oleh itu Maya menyeru kepada mereka yang mempunyai jurisdiksi untuk menentu, segerakan tindakan ke atas si menantu. Seandainya lebih banyak masa diberi maka lebih banyak kerosakan akan dilakukan oleh si Khairy. Sudah cukup setakat ini, Maya tidak mahu menangis lagi.

17 comments:

Unknown said...

salam maya
pendirian saya jelas:hanya akan masuk UMNO setelah Khairy meletak jawatan.Itu sahaja

mantra-indeeptots said...

Maya dear... keep the tune playing! Shall we forget it... never and never!

KJ might wish all of us to forget the damage he had done, but too bad, we never did...

Im sure, the UMNO president never forget it too..

CHAIRMAN KAGA said...

ELEH MAHADEY TU LAH BAPA PENJAGA SI RASUAH. DULU YG ALI ABOL HASSAN DAH TANGKAP BASAH NGAN DUIT CASH MONEY SATU RATUS RIBU, DIA ARAHAKAN BPR TUTUP KES! HANYA BERUK SEPERTI PARPU, SINGH DAN PENCACAI MAHADEY LAIN YG MASIH NAK BERPURA PURA MCM DIA AJE YG PUTIH BERSERI. KU BACA DAH MELUATLAH. BORING BETUL.

Dollah said...

BURUK SANGAT KAH KJ DAN BAIK SANGAT KAH PEMIMPIN UMNO YANG LAIN.

Unknown said...

kj lebeh jantan dr pemimpim umno lain , sekurang2 dia berani berdepa
n dgn musuh nya dari pr.engkau maya sapa yg jack kau dr belakang
entah2 si kepala butak anak bapa kutty malayalam.

Rosmerah said...

Tunggu dan lihat sampai pru13 ...pastu nasi dah jadi bubur...

durian balikpulau said...

Eloklah tu apa yg diutarakan oleh Maya. Yang terang lagi bersuluh , yang nyata lagi bersinar , itulah tidak lain dan tidak bukan KJ. Hanya KJ saja yag mengetahui apa yg telah berlaku diwaktu pemerintahan sebelum DSN. Cakap-cakap diluar banyak yg benar dari yg palsu. Tak tumbuh tak melata , kalau tak sungguh , takkan Maya nak kata. Andai benar bagai dikata , elok saja rombakan dibuat. Jangan ditunggu lama2 kelak masyarakat akan meluat.
Bukan yang lain tidak seburuk KJ tapi yg lain bukannya KPU seperti KJ, dan itulah bezanya. Jawatan yg disandang akan membawa rebah jika pemimpinnya perasuah.
Padi hama , padi seberang , kalau KJ tak bersalah , takkan maya akan menyerang.
Tanyalah pada sesiapa saja pemuda UMNO yg ada sekarang pandangan mereka terhadap KJ perihal kejadian pada waktu musim permilihan yg lalu . Jika mereka ini benar2 jujur maka jawapan mereka KJ adalah perasuah dan bukan KJ saja yg merasuah tapi kebanyakan yg ada sekarang didalam pemuda juga merasuah dan perasuah.
Buat baik berpada-pada , buat jahat jgn sekali. Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak .

PARPUKARI said...

KAGA. SETAKAT TUDUHAN TAHAP ANJING MACAM KAU NI ANWAR DAH BUAT LAGI DASYAT PUNYA LA ANJING OI, TAPI TAK JALAN SEBAB INI SEMUA CERITA REKAAN TAHAP MAIN SABUN PUNYA!

OH YA KJ MEMANG BURUK, HABSI SEMUA HARTA NEGARA DIA JUAL KAT SINGAPORE DAN DIA LA YANG MUSNAHKAN UM,NO DARI DALAM! WTF, BUAT KE KORANG NI? KALAU NAK MENGAMPU PUN AGAK-AGAK LA SIKIT!

Anak Deddy said...

BURUK SANGAT KAH KJ DAN BAIK SANGAT KAH PEMIMPIN UMNO YANG LAIN.

**Tak aih....hensem, sapa kata buruk? Yang kata beruk adala....
Diapun kata.....

Persoalannya, "Adakah ranap punah UMNO tanpa kj?"

.@blogger.com said...

Salam Maya,
Teruskan mebuka segala kesalah dia tu, singkap kainnya, londehkan seluarnya dan telanjangkan dia. Tapi jika Maya rindukan dia, bh ada sebagai pengganti..yg bersih dan setia dalam cinta, huhu ~ bRAVEhEART http://braveheart-blogger.blogspot.com

CHAIRMAN KAGA said...

TUDUH APA KEPALA OTAK HANG!
BACA DAN JAWAB PARPUKARI!
June 12, 2000

Mahathir ordered halt to corruption probe on EPU

MON: Former ACA director-general Shafie Yahya this morning told the court in sacked deputy prime
minister Anwar Ibrahim's sodomy trial, that Prime Minister
Mahathir Mohamad ordered him to close his investigation against
ex-Economic Planning Unit director-general Ali Abul Hassan
Sulaiman

http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg13768.html

YG MENDAKWA ADALAH BEKAS PENGARAH BPR, BUKAN PAK NIZAR, BUKAN LIM KIT SIANG, NI KAKITANGAN KERAJAAN SENDIRI!

KALU SEKADAR NAK MENCARUT DAN MELEPASKAN KOMEN DUA PULUH SEN DAN TAK BERANI NAK BERDEPAN DENGAN REALITI ITULAH PARPUKARI!

CHAIRMAN KAGA said...

AKU X BERAPA KISAH KAO NAK HENTAM MENANTU PAK LAH, I DONTS KARE!
TAPI NI KAO SEMCM NAK BERPURA PURA YG MAHADEY TU SUCI DALAM DEBU! PIRRAAAH!

saya said...

hi maya

maya bosan ker?

join la kelabosan

see u there

-bosan aneh-

Unknown said...

apa la ngkau ni Parpu, panggil org anjing.. tau nak mencarut aja kerja.. jahit mulut ko kang.. malu la sikit.. dah tua-tua ni.. kah.. kah.. kah..

kassim pantalon said...

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

PETIKAN DARI SYAIR HAMZAH FANSURI

Tuan Cobra said...

Dari sudut pendangan saya KJ ni adalah pemimpin yg boleh pakailah jika d bandingkan dengan Hissamudin dan Mukhriz.Beliau ni memang seorg yg telus dan Jujur dari segi perjuangan.Tetapi kalau KJ ni betul2 hilang kesebaran maka kerusi MP nya pun d bawabya ke PR lah saya lihat2....Jika d bandingkan ngan Dtk Rais anak Yatim bagus lagi saya pilih KJ laah....

tokmod said...

hello MAYA...
KENAPALAH KAU BENCI SANGAT2 SI-HANSOME 2...AKU TENGOK OK PEHH..
DARI PERCAKAPAN DAN PERSONALITY-NYA
OK PEHH...
AHHH..JANGAN2 ADA UDANG DBAWAH MEE TAKK..MUAHHHKAHKAHKAH