Monday, August 24, 2009

Menangguk Lah Lagi Si Anak Omak Khairy


Berpandukan gambar ni, si pencacai KJ cuba nak curi publisiti untuk melonjakkan nama Khairy. Tok Pa dan Tuan Aziz punya hard work langsung tak dipeduli.

Seperti yang berlaku sebelumnya di Manek Urai, setiba sahaja Khairy di MU maka dibuat sidang akhbar bahawa undi anak muda akan beralih arah kepada BN. Maya rasa memang KJ kini berada pada tahap kesempitan maksima. Apa sahaja peluang yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk tumpang beraksi tapi tak sedar diri tu sebenarnya liabiliti. Bak kata pepatah Melayu menangguk di air keruh la tu.

Akan kejadian yang berlaku di MU, punyalah tak malu KJ si anak menantu, Tuan Aziz dan Tok Pa berserta jentera UMNO lainnya bertungkus lumus berkempen sebelum penamaan calon lagi. Datang sahaja si menantu tak sampaipun empat hari, dah mula buat pernyataan yang bersifat mementingkan diri sendiri.

Khairy telah melakukan hal yang sama di Permatang Pasir. Si anak omak mendakwa dengan megah bahawa Pemuda PR akan berpaling tadah. Harapan Khairy ialah jumlah pengundi BN saluran anak muda akan ada peningkatan kalaupun tak menang. Jika itu berlaku seperti biasa segala blogger pencacai KJ akan pukul canang bahawa ini adalah kesan si Khairy punya pukulan.

Lakonan mesti diteruskan walaupun pengaruh makin hilang

Nasihat Maya kepada si menantu, sedarlah sikit diri tu. Atas modal apa sebenarnya Khairy nak berkempen di Permatang Pasir. Jika dituduh bahawa PAKATAN kini dibendung rasuah, harus diingat bahawa itulah juga laungan Pemuda Berani terhadap si Khairy.

Jika Khairy sekali lagi mengaitkan Anwar dengan agenda Yahudi, itupun telah Maya fahami bahawa sengketa antara mereka hanyalah lakonan semata-mata. Cerita saman-menyaman kini langsung tidak kedengaran.



Bila Maya berhubung dengan akak senior yang masih berada di sana bersama Puteri UMNO, apa yang jelas ialah peranan Khairy di Permatang Pasir hanyalah sebagai formality, perlu tunjukkan diri. Namun tiada peranan besar yang sedang dimainkan Khairy.

Itulah dia seperti apa yang Maya rasa, si pencacai KJ ni anggap UMNO tu Khairy yang punya. Bila ada sahaja event, nama Khairy dijulang melebihi PM atau TPM. Jika diamati dengan teliti pembesar UMNO lain tak pula buat macam ni, pasang ramai blogger pencacai untuk naikkan nama KJ seorang sahaja.

Kalau masih tak mengaku dibayar, Maya rasa depa ni memang penipu pada tahap dewata. Jom tanya sama Bro Jinggo kita?

13 comments:

eXception said...

Huh dari layan Anak Omak ni, baik cari lauk masak lomak cili api kat bazar ramadhan ptg karang... hu hu hu...


eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

CHAIRMAN KAGA said...

SAUDARI MAYA KHAIRY,
APAKAH KOMEN MAYA SEBAGAI SEORANG WANITA TERHADAP TUDUHAN YG ROHAIZAT NI KAHWIN SINDIKET
~AGENSI BERITA KAGANEWS

supernatural said...

Salam...best2 gua mmg tak minat ngan menantu paklah tu ...

mantra-indeeptots said...

Pencacai Khairy berani tak nafikan yang Presiden dan Timbalan Presiden tidak pedulikan Khairy lagi? Nak dibuang, memang muka tak tau malu, entah apa yang dah dibuatnya... Nak disimpan, makin membebankan UMNO... Biarlah dia melalak... janji jangan buat kerja bodoh kalau tak nak Majlis Tertinggi tibai kaw... kaw... nanti.

Kak Mantra tertunggu2, sekiranya Presiden atau Timbalannya keluar kenyataan... memuji Anak Omak ni. Adakah? Yang pasti, Anak Omak kena tibai adalah...

CHAIRMAN KAGA said...

SAUDARI MAYA MINTAK JASA BAIK NAK PROMOSIKAN BLOG AKU NI

http://kaganews.blogspot.com/

awangpendang said...

WAHAI pemimpin UMNO, pastikan...aku ulang pastikan kelibat KJ tidak terlintas langsung di kawasan pilihanraya...itu kalau nak dapat undi lebih. Kalau nak lingkup terus, suruhlah KJ PERGI kempen.
Selagi muka sibedebah itu dalam UMNO, maka riwayat dan talian hayat UMNO akan bertambah pendek....halau dan nyah dia...dia lebih sesuai bersama peliwat PKR.

KJ....kamu hanya liability pada UMNO....PIIRAHH

CHAIRMAN KAGA said...

PARPU BERGAMBAR DENGAN KJ?
TERKINI DAN SENSASI -MESTILAH KAGANEWS

Unknown said...

Salam,
Pendapat tentang Khairy - http://asrajosen.blogspot.com/

sorry ye tumpang promosi.

Salam n Thanks. After all perjuangan kita sama je.

Singh Is Kinng said...

Salam Maya,

Si Kaga dah bikin blog, bagus la tu daripada membuat provokasi murahan dalam orang punya komen box.

Saya tak pi berkunjung ke, kalau saya baik tak payah, hanya buang masa je.

Dah dekat nak buka puasa.

Wassalam.

CHAIRMAN KAGA said...

HE HE HE
AKU TAK PI BLOG ENGKAU LAH SINGH
TAKUT KENA SEBAK
MUHAHAHHAA

Unknown said...

kj+hishamudin =0 sama2 naik kelas
pakai tangga.mampus malaysia ditera
jui orang2 seperti mereka, anak2 mama,,,

tokmod said...

hai MAYA.....
KJ 2 ramai orang kata...
muka taktahu malu...
muka tebal....
muka menyebok...
muka macam2 lagi...
TE..TA..PI..siKJ 2
handsome..kacak..ada simbol X
MAYA tak terpikat ke tanya aja...
wakakakakahkahkah...

Anonymous said...

[url=http://sopriventontes.net/][img]http://tonoviergates.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy my software, [url=http://sopriventontes.net/]download 2003 office suite[/url]
[url=http://tonoviergates.net/]filemaker pro apple version 9 downloads[/url] educational softwares adobe photoshop cs4 academic version
shop software on [url=http://sopriventontes.net/]for selling a software[/url] kaspersky internet security 2009 reviews
[url=http://sopriventontes.net/]office applications software[/url] adobe creative suite 3 master collection serial
[url=http://sopriventontes.net/]award winning educational software[/url] cheap oem software downloads
where to buy photoshop in [url=http://tonoviergates.net/]coreldraw extend free trial registry[/url][/b]