Tuesday, August 11, 2009

Memang Kepala Batu Si Menantu

Mintak maaf ye rakan seperjuangan semua, Maya hanya menghilangkan diri buat seketika. Hari Ahad lepas Maya pi jumpa kawan lama, sorang akak senior yang bergiat dalam Puteri UMNO. Balik ke kampus dah jauh malam, lepas tu kena siapkan assignment. Hari Isnin semalam penuh dengan program. Tu pun Maya jenguk sekali sekala nak lepaskan komen yang ada.

Apa cerita Maya ngan akak senior tu. Jeng jeng jeng......jangan risau, cerita kali ni tidak bisa membuatkan Maya menangis lagi. Akak senior tu cerita kat Maya bahawa KJ telahpun dinasihatkan oleh pembesar UMNO supaya berdiam diri seketika dari memegang jawatan Ketua Pemuda. Selagi siasatan SPRM belum selesai lagi, biarlah Ketua Pemuda dipangku oleh Dato' Razali.

"Sape yang Abang lebih sayangi, UMNO atau Nori?".
Tak nak la Maya join sekali!


Namum apa yang Maya dengar dari laungan penyokong KJ di alam siber ialah kenapa beliau perlu lepaskan jawatan KP kerana Khairy telahpun memenangi secara demokrasi. Nampak sangat KJ cukup sayang dengan jawatan KP, kot-kot sayangnya lebih dari Nori.

Maya pun naik heran kenapa Khairy cukup sayang dengan jawatan KP. Jika KJ percaya beliau menang jawatan KP secara bersih dan adil, apa nak ditakutkan dengan SPRM. Jika nanti KJ dibuktikan tidak bersalah, beliau akan muncul keluar sebagi wira yang lebih gagah.

Mengikut cerita akak senior, KJ tidak mampu berdiam diri kerana takut nanti hayat politiknya akan mati. Betul juga bila Maya perhati, KJ cuba buatkan dirinya sibuk ke sana sini. Sampai kat Manek Urai pun KJ cuba nak tumpang menyebok sekali. Penyokong Khairy dalam dunia siber seperti Bro Jinggo dan rakannya turut melaporkan berbagai aktiviti KJ yang bagi Maya sebenarnya indah khabar dari rupa.

Memang betul la kata akak senior tu, KJ ni jenis kepala batu. Jika KJ berpendapat bahawa kepentingan parti adalah lebih besar dari kepentingan diri, sepatutnya KJ akan berdiam diri. Seperti yang berlaku sekarang ni, laungan UMNO rasuah diiringai dengan nama Khairy, Maya cukup kesian dengan parti.



Tapi dengan Khairy ni Maya dah tak terdaya nak cakap atau bagi nasihat, apatah lagi nak pujuk, sebab KJ PUNYA KAPALA BATU BESAR ADA DUDUK.

24 comments:

Anonymous said...

Salam Maya,

1st time njumpa blog Maya. Ni pandangan saya sendiri. Sebenarnya liabiliti kepada UMNO bukan setakat Khairy sahaja, kebanyakan pemimpin dalam UMNO masing2 membawa liabiliti kepada UMNO. Sebagai contoh, kempen PM baru kita, berkata rakyat didahulukan, tapi dalam masa yang sama tindakan yang diambil tak mencerminkan slogan yang dibawa. Tambang pengangkutan awam naik, dan khabarnya penghujung tahun ni harga petrol mungkin dinaikkan semula. Paradoks. Begitu juga dengan tindakan menyenaraikan Felda ke dalam pasaran modal yg berisiko, satu tindakan yg cukup menakutkan sebab semua org tahu pasaran modal cukup berisiko dan tak sepatutnya Felda yg dah menjadi tempat beratus ribu petani mencari nafkah, diperjudikan sedemikian rupa.

Mungkin Maya penyokong UMNO, atau mungkin juga siapa2 saja. Tak kiasah la. Pemimpin UMNO perlu betul2 telus dalam memenangi hati rakyat kalau mereka nak memenangi hati rakyat balik.Rakyat dah makin kritikal sekarang. Saya tak tahu org lain macam mana, tapi saya semakin jelak dengan politician (PR dan BN) yg x habis2 berebut kuasa, menyebabkan kerja mereka tak produktif.

durian balikpulau said...

Maya ,

Impian KJ ialah utk menjadi PM atau sekurang-kurangnya TPM satu hari nanti bergandingan dgn DSAI. KJ bukan jenis Kapala Batu sebarangan tapi Kapala Batu KJ Batu Geliga Maya. Bukan senang nak dapat title KP kalau tak ditaburkan makanan2 kepada ayam2 daging perwakilan dulu demi mendaptakan jawatan dunia yg diidamkan. Jenis ini dikategorikan kepada parasit sikitol.

Detguaq said...

Salam,

Maya oii....hang ni tau ka buat0buat tak tau sekadar nak memancing pendapat? Apa-apapun, bagi kau senang saja congaknya....

Jubah Ketua Pemuda UMNO mempunyasi kesaktiannya sendiri dari segi 'kekebalan'. Kerana kebal jubah-jubah dalam politik inilah maka ramai manusia berlomba-lomba untuk mendapatkan jubah kebal ini.

Jubah kebal ini pula mempunyai pelbagai saiz dan pelbagai ukuran. Dulu jubah ini tidak direbut, malah ramai yang menolak kerana mereka sentiasa bermuhasabah. Sekarang ini macam kita dok taulah.....ramai yang dok berghebut terutama oleh penyamun-penyamun, depa ada banyak duit....

Ashley Ahmed said...

Salam,

Hi Maya, jgnlah kuat menangis, duit banyak pun akan habis, setakat mana org politik boleh rasuah?

CHAIRMAN KAGA said...

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG,
KAGA MAKI MENGGUNAKAAN HE HE HE

Unknown said...

meskipun ada ramai lagi yang merasuah seperti kata pengkomen bernama Dollah dalam entri yang lepas tetapi KJ adalah satu liabiliti yang nyata bagaimana seorang ketua diangkat dengan menggunakan duit.Kenapa perlu ada perbezaan hukuman ke atas perasuah?Ali rustam dilarang bertanding tetapi KJ hanya diberikan amaran.
Siapa yang berat sebelah sebenarnya?

Jeffry said...

TEST MARKET!...

PARPUKARI said...

MAYA, SAYA NAK MINTAK IZIN COPY ARTIKEL MAYA NI BOLEH KE?

SAYA SUNGGUH KAGUM DENGAN SEMANGAT JUANG MAYA!

Singh Is Kinng said...

Salam Maya,

Pasal video yang Maya letak, apa tujuan sebenar? Nak kasi tahu KJ ni kepala batu atau KJ ni sebangsa dengan orang video tu.

awangpendang said...

Dear Maya, saya adalah salah seorang ahli UMNO yang kemungkinan besar TIDAK akan mengundi BN jika sekiranya KJ masih BERADA DALAM UMNO.

Satu dunia tahu dan sedar bahawasanya si KJ BANGSAT adalah LIABILITY kepada parti UMNO. Dosa KJ BANGSAT sangat besar kepada UMNO. NYAHLAH kamu dari UMNO, lebih cepat lebih bagus.

Si KJ bangsat sangat layak masuk Parti Keadilan saja..sama macam Anuar Brahim yang keji dan hina itu.


BLAH lah kamu dari UMNO.

PARPUKARI said...

BETUL TUAN ZHARIF! DIA MESTI DISINGKIRKAN SEGERA DARI UMNO, ANWAR CUKUP SAYAN BETUL DENGAN SI KITOL NI TAU, MANA TAKNYA BUDAK YANG BAWAK PASPOT LA KATAKAN, DIA PI SORANG2 PULAK TU...MESTI ADA PERJANJIAN NI...

eXception said...

karl, tambang naik bukan sbb kerajaan. atas desakan persatuan diorang. katakanlah kerajaan tak bg naik, pastu semua pengangkutan awam mogok. cmne org nak pergi keje dgn pengangkutan awam kalo semua mogok? lg satu ko kena pikir, kos penyelenggaraan, alat ganti semua dah naik... semua bukan made in Malaysia. alat ganti ada yg kena import dari luar... takkan nak pakai alat ganti cikai. nanti tak pasal-pasal masuk gaung.... sebelum bercakap, kena pikir dulu... kena kaji betul-2... jgn main ikut sedap mulut jer...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

eXception said...

Aku mengundi BN bukan kerana siapa Ketua Pemuda dia, bukan kerana PM dia org kampung aku... Aku undi dan sokong BN kerana parti inilah negara kita merdeka, kerana parti inilah negara kita aman damai tak spt di Indinesia, India dan Sri Lanka... Kerana parti inilah parti keramat orang melayu...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Unknown said...

Salam,
Dari parpu kari saya masuk ke blog ni. Menarik jugak tengok macam macam blog ada tentang politik.
Saya takut nak menuduh sebab tak baik tapi kalau benarlah KJ menang jawatan KP tempoh hari disebabkan politik wang, haruslah di ketengahkan perkara ini kepada mereka yang menyayangi Allah serta negara tercinta ini. Politik wang tidak akan menjamin masa depan anak cucu kita. Cuba bayangkan hari ini duit terpaksa diberi untuk memegang jawatan, 20 tahun akan datang mungkin kita terpaksa bayar untuk menghirup udara kerana sifat tamak manusia akan dan keimanan yang harus ada di jiwa kita sudah tiada lagi. Ingat satu perkara di dalam tubuh manusia ada sekeping daging jika busuk daging ini maka seluruh anggota manusia ini akan busuk (mata, mulut, lidah, tangan, kaki dan lain2 anggota) jika bersih daging ini maka seluruh anggota kita akan bersih. Daging yang dimaksudkan ialah HATI. Bersihkan hati kamu dan bertaqwa pada Allah insya allah selamat lah kita di dunia dan akhirat.

Amin.

Dollah said...

KENAPA MESTI TUDUH KJ MACAM2!... ADA BUKTI SILA BAWA KE MAHKAMAH, JANGAN DOK MELALAK JER!...

CHAIRMAN KAGA said...

MUHAHAHHAHAHA
PARPU TERJELMA, HE HE HE
PATUTLAH PARPU KAGUM PADA MAYA, SEJAK BILERH PARPU NI ADA JATI DIRI NAK BERDEPAN NGAN ORANGE

najamarine said...

salam..

hurmmm..aku sangat2 yakin memang ramai yg sependapat dengan aku pasal si KJ ni..

masih segar dalam kepala hotak aku si KJ ni bersungguh selepas pak mentua dia arahkan passport PEJUANG GAY SEMALAYsia di pulangkan untuk ke german..

perjuangan kj ni seperti idola dia si peliwat tegar tu.perkara yg mendatangkan keglamouran pasti di hambur dengan lantang..jika tidak membawa kepada kesan pada dia,senyap seribu bahase....kebimbangan aku dan lain2 bukan di atas faktor membela pemimpin lain yg tidak di pilih menjadi ketua PEMUDA..ada apa jawatan seperti itu jika tidak di terima dalam kabinet.tetapi perasaan sayang kepada parti keramat UMNO agar pemimpin saluran ANWAR ni di cantas sebelum membawa onar sekali lagi..

keputusan akar umbi jelas mahu KJ berundur..paham2 la bro.takkan tunggu sampai di buang..kecewa masuk PKR..tapi aku tak terkejut pun kalau dia join PKR..memang sealiran dengan parti anak DAJJAL si mata satu tu..

Dee said...

Salam Maya

Nak tanya sikit? Kebanyakan artikel saudari menghentam kairi. .nak tanya kenapa Maya benci sgt dgn kairi?. Mungkin ada sbbnya. .mungkin sbb personal. .kenapa erk?

Sekadar bertanya

Maya Khairy said...

Salam semua, maaf kerana respon lambat sikit kepada kekawan semua. Maya masih mengejar masa untuk siapkan beberapa assignment yang ada.

Salam Karl, memang tidak dinafi bahawa masih ramai lagi dalam UMNO yang menjadi liabiliti parti. Jika saudara baca blog Parpu Kari, salah seorang dari mereka ialah Dato' Ramzi, baki peninggalan Dollah Badawi.

Saudara DBP, itu juga adalah antara bayangan yang Maya nampak, bahawa suatu hari nanti KJ akan bersama Anwar Ibrahim. Saman-menyaman antara mereka hanya lakonan semata-mata.

Saudara Detguaq, cerita lagi kat Maya pasal jubah tu, Maya nak sangat tahu.

Saudara Junah, kalau dah tahan sebak disebabkan karenah menantu, Maya akan menangis tak berlagu.

Maya Khairy said...

Saudara Kaga, janganlah maki-maki kat blog Maya, tak elok didengar.

Saudara Z, sama-sama kita doakan suatu hari nanti KJ akan dicekup oleh SPRM.

Saudara Jeff, apa cuba ditestkan?

Saudara PK, dengan besar hati dipersilakan. Bukan untuk post ini sahaja, tetapi segala post yang akan datang juga.

Saudara Singh, terpulang untuk memilih yang mana, mungkin kedua-duanya betul belaka.

Maya Khairy said...

Saudara AP, janganlah pula si KJ punya kerja UMNO sekali lagi menjadi mangsa. Sudah cukup Maya menangis kerana bersimpati akan nasib yang menimpa parti.

Saudara Exception, sama-sama kita berusaha kredibiliti UMNO kembali semula, apa-apa pun mestilah dibuang segala dahan-dahan yang buruk juga.

Saudara Ronnie, politik adalah permainan yang tidak mengenali kotoran. Kita sebagai pemerhati haruslah bersuara dengan keras hati.

Saudara Dollah, bangkit dari mimpi yang lihatlah pada realiti.

Maya Khairy said...

Saudara Najamarine, jika KJ mendengar suara akar umbi, beliau akan menarik diri dari bertanding KP, demi kepentingan parti. Namun KJ mempunyai agenda sendiri untuk lebih teruk lagi merosakkan parti.

Saudara Dee, Maya tidak pernah mempunyai masalah personal dengan Khairy. Maya menulis atas kepentingan parti.

Anonymous said...

exception,

aku tak rasa pulak bas-bas tukar spare part tiap2 bulan,sampai tiap2 tahun kena naikkan tambang pengangkutan awam (tahun lepas tambang dah naik, Dato' Noh Omar naikkan surcaj).Sapa2 yg tahu boleh explain tak, berapa kali sebulan bas tukar spare part dan spare part ape yg patut diganti tiap2 bulan?

Maya,

Kalau nak dikirakan hampir 90% sebenarnya pemimpin dalam UMNO masing2 ada liabiliti terhadap UMNO. Sebenarnya, terus terang cakap la, aku tak kisah kalau pemimpin2 ni songlap duit ke, rasuah ke, asalkan kebajikan rakyat diutamakan. Mana2 pemimpin politik pun tak kiralah daripada pakatan rakyat ke, BN ke, kalau dah jadi orang politik gerenti akan lakukan penyelewengan. Zaman sekarang bukan lagi zaman khulafa Ar Rasyidin, zaman sekarang penuh dengan manusia hipokrit dan opportunist

Senang cerita, kalau semua orang di Malaysia dah ada rumah sendiri, dah ada kenderaan sendiri, makan cukup sekurang2 nya 3 kali sehari, pastu kalau nak songlap duit kerajaan, nak rasuah, lantak pi la hangpa. Terlepas kat dunia kat akhirat kena jawab jugak. Tapi pastikan dulu yg rakyat tak merempat

ee_zamm said...

Salam semua sahabat... Saya sependapat dgn Ronnie.. Buat apalah kita sibuk kejar dunia... Akhirat tempat yg kekal selamanya. Bersihkan hati, tingkatkan ketaqwaan kita sebagai bekal buat kita yg dah tak berapa lama lagi mengadap yang Maha Esa... Taubatlah!!! Janganlah memfitnah. Cukuplah Islam sebagai peganganku ke akhirnya...