Monday, December 7, 2009

KJFC - SARANG PENGECUT SYOK SENDIRI!


Salam rakan seperjuangan dan seperlawanan.

Maaf sekali lagi kerana cukup lama menyindiri. Maya baru je habis final exam, dan berada dalam percutian. Namum perlu lakukan projek untuk kolej kediaman, kalau tak maka susah la nak duduk kat dalam.

Maya pun dah lama tak buka FB. Bila Maya log on tiga hari lepas, timbul pula idea di kepala untuk melontarkan cadangan kat KJFC. Bukan niat Maya nak gegarkan KJFC, persoalan itu datang apabila berlegar di ruang FB.

Maya pun sebenarnya takut juga nak masuk sorang-sorang. Bila Maya tengok chatbox FB, ramai rakan seperjuangan seperti Panglima Husin, Kak Azeeza, Bro Samseng, Mr. Singh, dan Khairulnizam Anti-Hipokrit yang masih online lagi. Kot-kot nanti Maya bila tertekan boleh lah mintak tolong dengan dia orang.

Maka Maya beranikan diri melangkah dalam KJFC, dan menulis cadangan berbunyi begini:

KALAU KORANG NAK FORMULA KEMENANGAN PRU 13, JAUHKAN PARTI DARI SEBARANG LIABILITI. MINTAK DENGAN SEGALA HORMATNYA HJ KHAIRY TINGGALKAN UMNO DENGAN SEGERA, THEN UMNO WILL BE HAPPY EVER AFTER, HA HA HA

Ikutilah sesi seterusnya, apabila si penjilat KJ berbicara:

Mr. Singh membuat pembukaan dan mencabar KJ untuk berdepan.

Maya kenal benar dengan Akak Rosyatika, AHAKS!

Persoalan Maya, kenapa penjilat KJ susah sangat nak belajar dari PRU 2008 punya kesilapan.


Memandai je Arif labelkan orang sebagai pengkhianat, yang dok sokong perasuah tu kes merupakan lagi tenat.

Takde modal betul Akak Roshatika, Maya bukan cari glamour, AHAKS!

Nak kata apa lagi si Arif ni, terpaksalah setuju.


Nampak sangat dah takde modal si Arif ni. Dia bukannya nak pertahan apa yang Maya tulis kat wall, tapi dok sibuk tuduh orang pencacai macam dia, HA HA HA!





Alahai Akak Rosyatika, tak tahu ke dalam FB tu group Mr. Singh yang selalu pertahankan UMNO. Akak sebenarnya pengkhianat apabila menyokong manusia yang telah terbukti merosakkan parti.

Bro Khairulnizam Anti-Hipokrit dah masuk, masak la korang semua, AHAKS!

Betul juga tu Mr. Singh, bukannya gambar dan salah laku kita yang menjadi kempen PR semasa PRU 12. Depa ni betul ke hidup di alam realiti?

Memang penipu Akak Roshatika ni. Setahu Maya Mr Singh tu pun bukan ahli parti. Paling tidak ambil la tahu kenapa Mr Singh berpendapat sama dengan Maya, Khairy perlu tinggalkan UMNO.


Aduh, terkena lagi Akak Roshatika. Alahai Akak, dengarlah pesan orang tua-tua, jangan cepat mengata, nanti terpalit kat muka. AHAKS .... Tengok, dah pun terkena, HA HA HA......

Nak tahu apa yang jadi lepas ni .... jeng jeng jeng .... sorang demi sorang antara kami kena blog. Para penjilat di KJFC tidak mampu pertahankan Khairy dengan serangan kami. Itulah realiti KJFC.

Para pencacai di KJFC tidak dapat membaca pergerakan kami. Patah tunggul hilang berganti, makin ramai lagi cyber warrior menyambung tugas kami seperti Panglima Husin dan Bro Samseng. Mereka juga menerima nasib yang sama. Apabila melontarkan hujah yang tidak mampu dijawab maka terus diblok.

Kesimpulannya kewujudan KJFC hanyalah untuk mendewakan Khairy, bukannya tempat meleraikan kekusutan dan persepsi negatif terhadap Khairy. Dan teramatlah jauh sekali untuk membantu perkasakan parti.

Para pendokong KJFC terdiri dari pengecut yang tidak boleh berdepan dengan realiti. Depa hanya syok sendiri di alam fantasi Khairy.

Friday, November 13, 2009

Chairman Kaga Untuk Dijual

Salam rakan seperjuangan dan seperlawanan.

Cerita kali ni bukan pasal cerita Khairy tapi Maya nak cerita pasal Khairy punya balaci. Telah lama Maya cuba memahami pendirian politik si Chairman Kaga ni. Beliau mula berada di blog Maya dalam post yang pertama Maya publish lagi.


Pendirian Kaga susah untuk Maya fahami kerana beliau secara terang-terangan bukannya jenis anti Khairy. Tetapi tidak pernah pula Maya melihat bahawa si Kaga ni pernah mempertahan segala tulisan Maya yang membelasah Khairy.

Si Kaga memang ada blog sendiri tapi tak perlu Maya bagi link sebab blog dia senyap sunyi, bab kata Tuan Singh dalam komen beliau - tidak berpenghuni. Maka si Kaga menumpang lah Maya untuk keluarkan kata kesat beliau.


Sejarah si Kaga ni pula penuh misteri, selain dari melonjakkan nama Anwar Ibrahim, yang Kaga tahu hanyalah memburuk-burukkan nama Tun Mahathir, Saudara Parpu Kari dan Tuan Singh. Si Tuan Singh pun satu, kenapa asyik dok layan budak yang tak cukup umur tu. Si Kaga ni lagi dilayan lagilah dia merapu.


Ada juga pernah Maya dengar bahawa Khairy mengupah beberapa orang trooper bertujuan untuk memburuk-burukkan nama Tun Mahathir di ruangan komen blog-blog yang famous. Dan itulah juga perangai Kaga, menabur kata-kata hina sehingga Kaga tidak diberi dibenarkan untuk komen di beberapa blog yang famous seperti House of PK dan The Unspinner.

Akhir sekali kalaulah Maya boleh jual orang macam Kaga ni, tak perlu Maya letak harga kerana Maya hanya nak bagi free. Memang tak boleh pakai langsung mamat ni.

Friday, October 30, 2009

KJFC - Who Needs It?

KJFC, sehingga menjilat Khairy

Bertemu kembali rakan seperjuangan dan seperlawanan. Pertama kali Maya berbahasa omputeh sebagai post title, harapnya Maya tak salah grammar. Maklumlah masa sekolah dulu Maya belajar Matematik dan Sains dalam BM, so tak banyak sangat pendedahan.

Posting pertama Maya adalah mengenai KJFC, fan club yang dikhaskan untuk si anak omak Khairy. Maya dah agak bahawa KJFC mempunyai satu tujuan sahaja - untuk meletakkan taraf KJ pada tahap dewa.

Walaupun KJFC kini mempunyai ramai member, tapi yang kat menempek wall tu pun muka sama, dan tulisan mereka juga tidak membina ke arah mengukuhkan parti, cuma lebih-lebih menjilat si anak omak Khairy. Maklumlah namapun KJFC pun seakan-akan KFC, sehingga menjilat Khairy.

Ada ke patut pasal pakai baju pun nak cerita, HA HA HA!

Lagipun yang join tu pula rata-rata penyokong UMNO dalam FB yang mendapat invitation, kalau tak click and join nanti orang kata sombong. Kalau nak tahu kekuatan sebenar sokongan KJ dalam FB maka lihatlah kat Support Group For Khairy. Dan lebih setahun dimulakan tetapi bilangan penyokong amat menyedihkan. Alahai kesian .........


Sememangnya kebencian rakyat kepada KJ juga dipamerkan dalam FB, kalau nak tengok click kat Hate Group For Khairy. Maya dah join pada hari pertama Maya dalam FB. Tak perlu Maya bercerita panjang lagi, sememangnya Khairy rata-rata cukup dibenci.


Sebaliknya pencacai KJ berkata blog yang menghentam Khairy tidak berfakta langsung, cuma cakap kosong. Itulah akibatnya apabila hidup dalam penafian, tidak menggunakan akal untuk membuat pertimbangan. Apa yang nyata KJ tidak mempunyai kekuatan dari segi sokongan, kalau ada pun atas sebab bayaran.

Saturday, October 24, 2009

Bajet Tahunan - Khairy Bertepuk Sebelah Tangan


Ehsan dari blog Anak Omak

Maya masih menunggu, sedang menunggu dan akan menunggu sebarang pernyataan daripada YAB DS Najib mengenai cadangan Khairy dalam persidangan UMNO tempoh hari. Tambahan pula bajet tahunan telahpun dibentangkan semalam, dan amat menyedihkan kerana tidak ada tanda-tanda sokongan DS Najib terhadap KJ punya cadangan.

Kalau diikutkan pendapat segala penjilat KJ di alam siber, cadangan Khairy si menantu amatlah tepat pada waktu dan juga YAB DS Najib akan memberi sokongan padu. Maya tidak menipu dan merapu, petikan di bawah diambil dari blog pencacai KJ nombor satu:

"Dirangkumkan dan diterjemahkan dalam perhimpunan UMNO beberapa hari yang lalu, Khairy berjaya memberikan fokus kepada tanggung jawab dan amanah yang diberikan kepada beliau oleh Perdana Menteri untuk menumpukan dan memperkasa kan Pemuda UMNO."

Si pencacai anak omak yang menulis dan memuja Khairy seperti dewa bernama Parang Sasau. Kalau nak tahu bagaimana tahap mentaliti dan pemikirannya, bacalah komen yang pernah beliau tulis dalam blog Maya.


Jika benar ucapan Khairy tempoh hari boleh memperkasakan UMNO, DS Najib sudah tentu telah bersedia dengan langkah susulan demi menyambut KJ punya cadangan. Maklumlah ... demi memperkasakan UMNO kecil tapak tangan nyiru DS Najib tadahkan.

Ataupun sememangnya ucapan Khairy tempoh hari telahpun diketahui ramai termasuk DS Najib bahawa ianya adalah semata-mata retorik politik. Pendapat Maya pula si budak Oxford ni memang langsung tak ada idea dalam mempergunakan jawatan Ketua Pemuda untuk menarik orang ramai kembali kepada UMNO.

Semestinya dungu si budak Oxford ni langsung tidak boleh dijadikan ikutan. Khairy cuba menjual modal politik murahan dengan menawarkan duit pampers bagi setiap kelahiran. Aduh ... adakah kerana masih ramai lagi pemuda membenci Khairy maka sokongan kini cuba dicari dan dibeli dari golongan bayi?

Adakah bayi-bayi ini terpegun dengan janji pampers Khairy?

Itulah dia rumusan Maya mengenai ucapan si Khairy tempoh hari. Tidak ada satupun Khairy punya buah fikiran disambut oleh DS Najib semasa pergulungan. Maka pada realiti si anak omak sememangnya bertepuk sebelah tangan.

Akan tetapi ucapan Khairy diberi publisiti besar-besaran oleh segala blogger pencacai demi melindungi hakikat dan kebenaran bahawa KJ bertepuk sebelah tangan. Maka segala gerombolan seperti Raksasa BN, Pejuang Siber, Bro Jinggo dan Wenger cuba menghulur tangan untuk menyambut KJ punya tepukan ... Alahai kesian -kerana ianya masih tidak juga kedengaran.

Saturday, October 17, 2009

Bank Pemuda? Ha Ha Ha Ha ....


Bertemu kita kembali rakan seperjuangan dan seperlawanan yang dihormati. Maya tak nafi dah dua minggu Maya sepikan diri. Bukannya apa, kalau nak lanyak lebih-lebih si menantu ni, nanti nampak tak elok untuk kempen Bagan Pinang nanti.

Tirai telahpun dilabuh di N31 Bagan Pinang, dan tahniah diucap kepada pihak yang menang. Tan Sri Isa telah terbukti memenangi hati rakyat tempatan walaupun karier politik beliau pernah dinodai titik hitam. Siapakah kita untuk menghukum bahawa kesilapan beliau tidak mungkin terampun.

Rakan semua mungkin akan pertikaikan kenapa Maya bersifat double standard? Walaupun Khairy dan TS Isa dituduh atas perlakuan yang sama, Maya tidak memerangi TS Isa. Jawapannya cukup simple, paling tidak TS Isa tidak cuba membinasakan UMNO.

Tapi Khairy ni cukuplah dengan 5 tahun bersama si Dollah, hampir jahanam semua dibuatnya. Psssstttt.... ada orang kata sebenarnya si Khairy ni bijak, maklumlah Oxfard! Ha ha ha .... terlalu bijak hingga tidak menyedari beliau adalah liabiliti kepada parti, dan dalam PRU 2008 semuanya ini terbukti.

Sebenarnya Maya konpius dengan cadangan Khairy ...
Bank Pemuda atau Bank Pemudi

Bijak si budak Oxford ni sekali lagi terserlah apabila mencadangkan penubuhan Bank Pemuda. Maya teramatlah terasa sebab kenapa tidak dicadangkan Bank Puteri dan Bank Wanita juga. Seterusnya mungkin nanti ada tuntutan supaya ditubuhkan Bank Remaja dan Bank Anak Dara. Berapa punya banyak bank daa.....Maya masih dara dan remaja.

Bank Pemuda atau Bank Belia - ha ha ha, sekali dengar cukup gah juga bunyinya, Khairy cuba menjadi wira kepada anak muda. Hakikatnya Khairy lupa bahawa beliaulah faktor utama golongan anak muda menjauhi UMNO. Sebut saje Khairy ..... korup, tamak, selfish, opportunist, licik, hitam, tak hensem, muka tak tahu malu ... ehhhh jauh benar Maya merapu.

Mungkinkah muka bertiga ini yang akan menguasai Bank Belia nanti?

Macam ni lah, katakan Bank Belia akan dilaksanakan, Maya terfikir siapakah lintah darat UMNO yang akan mengisi Board of Director nanti. Maya rasa nama-nama ni akan mengekori; Azeez Rahim, Reezal Naina, Lokman Adam dan segala pencacai yang mengelilingi si Khairy.

Apa pula syarat dan siapa yang layak membuat pinjaman nanti? Semestinya yang didahului ialah segala juak-juak Khairy. Akan timbul masalah transparensi, di mana golongan tertentu akan menggunakan kemudahan pinjaman untuk menjamu nafsu kebendaan. Maka timbullah pula isu NPL, dan akhirnya Bank Belia di gabung dengan institusi kewangan yang lebih besar.

Helo Bank Belia, pinjam tiga juta!!!

Itulah antara teks ucapan Khairy yang Maya mampu beri ulasan walaupun Maya ni bukannya Oxford punya graduan. Di kalangan pencacai anak omak mereka cukup memuji ucapan Khairy tempoh hari, kononnya Khairy berfikir di luar kotak. Maya pula ada pendapat sendiri, bahawa Khairy berfikir tanpa otak yang diberi, dan rasanya teks itupun tidak ditulis sendiri.

Macam ni ke orang yang nak jadi Menteri? Janganlah buat Maya menangis lagi .....

Thursday, October 1, 2009

Alahai Khairy - Dari Tukang Cuci Jadi Pemandu Teksi

Selamat bertemu kembali rakan perjuangan yang Maya hormati. Memang cukup lama Maya bercuti dan mendiamkan diri sampai ada yang hantar inbox kat FB.

Untuk pengetahuan semua Maya sihat seperti biasa. Alhamdullilah itulah kekuatan yang Maya ada demi melansungkan perjuangan untuk mengkhabarkan kebenaran mengenai seorang pengkhianat bangsa bernama Khairy si anak omak.

Seawal bulan puasa baru-baru ni ruang siber digemparkan mengenai lakonan si Khairy sebagai pemandu teksi. Seperti biasa, ada yang kritik dan ada yang puji. Kata-kata pujian pula Maya boleh agak datang dari mana, semesti dari Bro Jinggo dan Senapang Patah aka Pejuang Siber.


Pendapat Maya pula si Khairy ni berlakon merupakan satu perkara biasa. Sepanjang tempoh Maya berdiam diri tiga minggu lamanya, Maya sempat menjenguk artikel mengenai Khairy sebelum pemilihan KP UMNO. Masya Allah, macam-macam lakonan yang dipamerkan oleh Khairy, dari tukang cat sampailah ke tukang cuci.

Oleh itu aksi Khairy sebagai pemandu teksi bukan lagi suatu lakonan yang boleh dibanggakan, malah ianya amat menjijikkan. Sememangnya amat menjijikkan kerana si Khairy tidak menghiraukan tekanan dari akar umbi yang mahukan beliau turun takhta dan balik rumah jaga si anak bini Nori serta Dollah sekali yang kini telahpun menjadi history.

Lakonan Khairy sebelum pemilihan KP,
terpaksa jadi tukang cat dan tukang cuci demi menagih simpati...

Memang betul si Dollah telahpun jadi antic dan history. Contohnya bulan puasa baru-baru ni, Maya rasa tak banyak majlis yang menjemput si Dollah untuk jamuan buka puasa. Tak silap Maya juga si menantu punya fan club KJFC tidak juga mejemput Dollah untuk join sama dalam majlis buka puasa. Eiiii.... betul-betul tak kenang budi si menantu ni.

Inilah dikatakan pemuda yang mewakili suara akar umbi, berbuka puasa secara mewah bersama fan club sendiri. Rupanya si anak omak ni masih tak sedar diri.

Cubalah fikir kalau Khairy tak berkahwin dengan Nori. Agaknya sekarang ni si Khairy hanya jadi Timbalan Ketua MIC, berperanan sebagai T Mohan punya balaci. Jangan pula tuduh Maya jealous atau iri hati. Muka malaun macam tu pandang pun Maya tak mahu.

Okeylah, cerita pasal lakonan, drama apa pula KJ akan pentaskan di Bagan Pinang? Dari sumber yang Maya dengar anak omak Khairy juga terlibat dalam plot menjatuhkan Tan Sri Isa Samad semasa 2004. Tetapi dengan gegaran suara keramat akar umbi yang mahukan Tan Sri Isa kembali, agaknya si Khairy kini dalam keadaan sejuk seram dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Tan Sri Isa, please forgive me.... saya tak nak buat lagi

Nasihat Maya pada Khairy sempena dengan bulan Syawal yang mulia, mintaklah maaf dengan Tan Sri Isa. Bukan setakat perlu cium tangan tapi dengan tapak kaki sekali. Tu pun kira tak cukup lagi, si Khairy perlu nyanyikan lagu Please Forgive Me. Disebabkan Khairy dah tunjuk bakat jadi pelakon sebagai pemandu teksi, apa salahnya kini Khairy cuba jadi penyanyi!!!!

Thursday, September 3, 2009

Tamil Punya Lakonan Tapi Tanpa Rajnikanth


Mintak maaf bebanyak sekali lagi rakan seperjuangan semua kerana dalam tiga empat hari ni Maya tidak mampu untuk update blog ini regularly. Waktu siang hadiri kuliah serta tutorial dan malam pula bersolat taraweh jika berkesempatan bersama kekawan. Bila dah balik dorm mula rasa kepenatan.

Tapi malam ni Maya cuba mencari peluang untuk menulis mengenai apa yang berlaku di Perak Darul Ridzuan. Pasal siapakah yang lebih berhak dari segi undang-undang Maya tidak mahu pertikaikan sebab Maya sendiri bukan belajar jurusan perundangan.

Maya cuma berasa hairan kenapa si Melayu Nizar tu masih tidak boleh menerima kenyataan. Ianya adalah satu kenyataan yang tidak boleh disembunyi lagi bahawa si Nizar sedang diperguna dengan dasyatnya oleh si Ngeh dan Nga. Ianya juga satu hakikat yang tidak boleh dinafi bahawa Nizar sebenarnya berkiblatkan DAP.



Maya ada dengar cerita bahawa Nizar sebelum jadi MB sudahpun kaya-raya. Maya cuba confirm dengan akak-akak dalam Puteri dan penjelasan mereka cukup menggelikan hati. Maklumat yang Maya terima ialah dulunya si Nizar ni dapat kontrak pasang lift kat satu bangunan cukup tinggi atas ehsan kerajaan BN sendiri.

Maya tak pula kata harta kerajaan itu semuanya hak BN. Cuma apa salahnya kalau si Nizar tu pandai berterima kasih sikit. Imagine kalau kuasa kini berada di tangan DAP, jangan harap bangunan tinggi nak dapat kontrak cuci longkang pun belum tentu lagi. Bukanlah namanya kafir harbi DAP kalau depa tak nak kaut kesemuanya sekali.


Berbalik kepada drama yang berlaku di Perak Darul Ridzuan ianya hampir lengkap untuk dijadikan cerita Tamil punya adegan. Si Sivakumar mempunyai imej sebagai ahli politik yang boleh dijual beli. Si Nizar pula adalah badut kepada dua manusia yang cukup tamakkan kuasa, Ngeh dan Nga. Dan rakyat pula sedang ditipu oleh lakonan mereka.


Cuma hero sahaja tidak muncul dalam persidangan olok-olokan di Heritage Hotel. Maya cuba berfantasi sendiri bahawa Rajnikanth muncul melawan puak-puak yang bersidang secara haram. Cukup dengan Rajnikanth punya jentikan semua yang ada terpelanting tunggang-langgang. Tapi sayangnya Rajnikanth mungkin bercuti di bulan Ramadhan.


ps:
Apa yang berlaku di Perak hari ini adalah rentetan dari peristiwa semalam. Dan cerita politik semalam penuh dengan marah dan benci disebabkan oleh manusia bernama Khairy. Mungkinkah Perak tidak berkrisis seperti hari ini jika awal-awal lagi Pak Lah telahpun menyedari kerosakan yang dilakukan oleh Khairy. Mungkin tidak kerana dari awal lagi Pak Lah asyik bermimpi.

Tuesday, September 1, 2009

Si Chua Dah Pi, Khairy Bila Lagi?


Maya melihat pemecatan Chua sebagai satu signal bahawa penjawatan jawatan tertinggi parti mestilah bersih dari sebarang liabiliti. Mungkin pemecatan itu ada muslihat politik, tetapi Maya tidak berupaya untuk mengulas selebihnya kerana Maya bukanlah arif sangat tentang politik mereka.

Akan apa yang berlaku pada MCA, Maya harap ianya akan juga berlaku pada UMNO. Rata-rata ramai yang terlibat dalam kedua-dua PRK lepas iaitu di PP dan MU bersetuju bahawa si anak omak tidak membawa sebarang faktor positif untuk menarik pengundi.


Hanya blogger penjilat Khairy sahaja membuat riuh sekampung mengalahkan pengumuman kematian Michael Jackson bahawa Khairy si anak omak masih lagi relevan. Berbagai aktiviti dilaporkan mengenai kegiatan Khairy untuk menarik pengundi muda, tetapi hakikatnya hanya indah khabar dari rupa.

Semasa di Khairy di MU, Maya mendapat cerita bahawa si anak omak hanyalah menumpang glamour. Di Permatang Pasir pula ceramah Khairy hanyalah menghabiskan elektrik untuk pembesar suara tetapi isinya tiada.


Si anak omak masih dipandang sebagai simbol kerosakan UMNO. Maka wahai si anak omak Khairy tak perlulah keputusan pihak tertinggi untuk mempelawa saudara supaya pergi. Kalau betul sayangkan parti, dengan segala hurmatnya diminta menghilangkan diri, dan bawak sekali anak-pinak dan bini si Nori.

Janganlah pula salah anggap, Maya tidak sedikitpun iri hati. Maya cuma sayangkan parti.

ps:
Bila Khairy dipecat nanti berani ke Bro Jinggo, Senapang Patah, Parang Sasau dan Cik Edryna berprotes tanda tidak puas hati? Ingat semua saudara-saudari, yang penting ialah parti!

Monday, August 24, 2009

Menangguk Lah Lagi Si Anak Omak Khairy


Berpandukan gambar ni, si pencacai KJ cuba nak curi publisiti untuk melonjakkan nama Khairy. Tok Pa dan Tuan Aziz punya hard work langsung tak dipeduli.

Seperti yang berlaku sebelumnya di Manek Urai, setiba sahaja Khairy di MU maka dibuat sidang akhbar bahawa undi anak muda akan beralih arah kepada BN. Maya rasa memang KJ kini berada pada tahap kesempitan maksima. Apa sahaja peluang yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk tumpang beraksi tapi tak sedar diri tu sebenarnya liabiliti. Bak kata pepatah Melayu menangguk di air keruh la tu.

Akan kejadian yang berlaku di MU, punyalah tak malu KJ si anak menantu, Tuan Aziz dan Tok Pa berserta jentera UMNO lainnya bertungkus lumus berkempen sebelum penamaan calon lagi. Datang sahaja si menantu tak sampaipun empat hari, dah mula buat pernyataan yang bersifat mementingkan diri sendiri.

Khairy telah melakukan hal yang sama di Permatang Pasir. Si anak omak mendakwa dengan megah bahawa Pemuda PR akan berpaling tadah. Harapan Khairy ialah jumlah pengundi BN saluran anak muda akan ada peningkatan kalaupun tak menang. Jika itu berlaku seperti biasa segala blogger pencacai KJ akan pukul canang bahawa ini adalah kesan si Khairy punya pukulan.

Lakonan mesti diteruskan walaupun pengaruh makin hilang

Nasihat Maya kepada si menantu, sedarlah sikit diri tu. Atas modal apa sebenarnya Khairy nak berkempen di Permatang Pasir. Jika dituduh bahawa PAKATAN kini dibendung rasuah, harus diingat bahawa itulah juga laungan Pemuda Berani terhadap si Khairy.

Jika Khairy sekali lagi mengaitkan Anwar dengan agenda Yahudi, itupun telah Maya fahami bahawa sengketa antara mereka hanyalah lakonan semata-mata. Cerita saman-menyaman kini langsung tidak kedengaran.



Bila Maya berhubung dengan akak senior yang masih berada di sana bersama Puteri UMNO, apa yang jelas ialah peranan Khairy di Permatang Pasir hanyalah sebagai formality, perlu tunjukkan diri. Namun tiada peranan besar yang sedang dimainkan Khairy.

Itulah dia seperti apa yang Maya rasa, si pencacai KJ ni anggap UMNO tu Khairy yang punya. Bila ada sahaja event, nama Khairy dijulang melebihi PM atau TPM. Jika diamati dengan teliti pembesar UMNO lain tak pula buat macam ni, pasang ramai blogger pencacai untuk naikkan nama KJ seorang sahaja.

Kalau masih tak mengaku dibayar, Maya rasa depa ni memang penipu pada tahap dewata. Jom tanya sama Bro Jinggo kita?

Friday, August 21, 2009

Banyakkan Membaca Al-Quran Di Bulan Ramadhan


Kalau kat rumah ibu Maya, setiap malam Jumaat di bulan Ramadhan ibu berserta beberapa kenalan membuat majlis Tadarus Al-Quran disamping memberi sedekah kepada arwah atuk dan nenek. Kalau Maya ada boleh tumpang sekali, tak sabar nak balik kampung ni.

Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja

Nasihat Maya kepada Khairy, dalam bulan puasa begini janganlah pula melencong ke sini.

Tuesday, August 18, 2009

Tiba-Tiba MIC Membela Khairy

Penyelaras Pemuda MIC T Mohan merupakan Maya punya hero Hindustan dalam artikel yang lepas bertajuk Hitam. Jika dibandingkan dengan si Khairy saudara T Mohan ni memang cukup berani sehingga sanggup dikenakan tindakan undang-undang. Sebab tu Maya kata T Mohan ni macam Rajnikanth.

Maka bertambahlah berani T Mohan ni apabila beliau dengan secara terbuka meminta YAB Perdana Menteri DS Najib untuk melantik Khairy sebagai menteri. Sesuatu yang pelik dan mengherankan kenapa Ketua Pemuda UMNO sendiri tidak bersuara secara lantang macam si anak jantan supaya diberi menteri kabinet punya jawatan?

Jantan si Khairy Maya telah bercerita panjang. Kejantanan Khairy ni sekejap timbul sekejap tenggelam. Tapi jangan pula tuduh sebarangan bahawa Maya telah mencuba Khairy punya kejantanan! Maya masih lagi sesuci dan seputih salji di Kutub Selatan.

Kesian Maya nengok si Khairy tiga empat hari ni, menumpang platform sana dan sini demi mencari ruang supaya rintihannya kedengaran. Dah tersepit sangat ke si Khairy sehingga menumpang platform Pemuda MIC?

Pendapat Maya pula selepas kejutan PRU 2008 MIC masih lagi dilihat terumbang ambing dalam memberi sokongan kepada BN. MIC juga tidak dapat menenangkan kaum India yang cuba menongkah arus dengan tuntutan HINDRAF. Oleh itu Maya rasa Pemuda MIC perlu terlebih dahulu membuktikan kesetiaan kepada BN sebelum membuat sebarang tuntutan bagi pihak KJ si hitam.

Sunday, August 16, 2009

Segerakan Tindakan UMNO Ku Sayang!

Mintak ampun mintak maaf sebanyak mana yang ada, bukan niat Maya untuk memberi arahan apakah yang patut dilakukan oleh para pembesar UMNO. Tetapi jika keadaan ini dibiarkan, bagaikan luka yang masih lagi belum sembuh diletakkan garam, aduh sakit bukan kepalang.

Khairy si menantu Pak Lah adalah makhluk yang menyebabkan UMNO luka berdarah. Kemenangan Khairy yang disambut dengan laungan RASUAH adalah bukti bahawa si anak omak ni boleh dan sedang membuat UMNO kembali lemah. Mana tidaknya, tanggapan di kalangan anak muda kini ialah UMNO rasuah punya parti disebabkan kemenangan Khairy.

Pembesar UMNO perlu bertindak segera dengan mengambil tindakan ke atas Khairy. Laungan diluar dewan tempoh hari adalah satu bukti yang nyata bahawa kemenangan Khairy disebabkan politik wang semata-mata. Kenapa perlu lagi mengambil masa?



Pembesar UMNO tidak perlu bimbang akan adanya perpecahan parti jika tindakan diambil ke atas Khairy. Malah jika tindakan diambil ke atas Khairy, ianya akan disambut dengan senang hati, khususnya oleh penyokong akar umbi. Masakan tidak, akar umbi juga faham sokongan kepada UMNO merosot pada tahun 2008 disebabkan oleh Pak Lah-Khairy punya pukulan.

Maya bercakap bukan bermodalkan air liur sahaja, tetapi berpandukan statistik dan fakta. Lihat sahaja jenis-jenis penyokong Khairy di dunia maya. Walaupun boleh dikatakan banyak blog pro KJ dalam dunia siber, tapi kewujudan mereka ini sebenarnya tidak sangat membantu UMNO, cuma hanya untuk mempromosi "Tuan" mereka sahaja.

Satu lagi yang cukup mengerankan Maya, KJ nampaknya sengaja membiarkan kerosakan yang dilakukan diketahui ramai dan dikaitkan pula dengan UMNO. Ianya seolah-olah satu konspirasi untuk memburukkan dari dalam. Segala tuduhan ke atas Khairy tidak dinafikan secara intelektual oleh KJ punya trooper, sebaliknya mereka ini seperti Bro Jinggo dan seangkatan dengannya hanyalah menjadi bahan ketawa.


Oleh itu Maya menyeru kepada mereka yang mempunyai jurisdiksi untuk menentu, segerakan tindakan ke atas si menantu. Seandainya lebih banyak masa diberi maka lebih banyak kerosakan akan dilakukan oleh si Khairy. Sudah cukup setakat ini, Maya tidak mahu menangis lagi.