Friday, July 31, 2009

Laungan RASUAH Sebagai Bukti Betapa Jijiknya Khairy



Masih segar dalam ingatan Maya akan kejadian yang berlaku pada bulan March lalu. Ketika itu Maya dalam persediaan menduduki peperiksaan. Satu hakikat yang susah untuk Maya terima bahawa Khairy telahpun menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Maya telahpun dikejutkan setahun sebelumnya apabila keputusan Pilihan Raya 2008 menunjukkan BN hampir kecundang. Sebak hati Maya dengan keputusan yang tidak pernah diduga oleh benak fikiran. Maka Maya berbincang bersama kekawan di kampus akan punca kejadian dan sebagai kesimpulan hanya dua nama sahaja yang disebut-sebutkan, Dato' Seri Abdullah Badawi dan Khairy.

Bukannya Maya tidak pernah mendengar nama Khairy sebelumnya, tetapi suasana kampus tidak memerlukan itu semua. Apa yang penting ialah kuliah dan tutorial. Tetapi apabila disebut-sebut Khairy sebagai punca, berbekalkan laptop ini Maya cuba mencari dalam dunia siber siapakah Khairy sebenarnya.

Masya Allah berbagai-bagai cerita semuanya ada, sama ada sedap atau tidak sedap dipandang oleh mata. Maya baca hampir semuanya termasuklah cerita mengenai hubungan sulit Khairy Jamaluddin dengan Maya Karin. Ruang siber adalah medan untuk mencurahkan buah fikiran tanpa batasan, maka Maya tidak telan semua yang terhidang.

Untuk mencari kepastian, Maya menghubungi akak-akak senior yang sedang bergiat dalam Puteri UMNO. Dan sesungguhnya Maya bagaikan berada dalam mimpi ngeri apabila seorang akak senior menjawab dengan pasti bahawa itulah sebenarnya Khairy.

Maya menaruh harapan besar agar Khairy diberi pengajaran sebenar apabila dijatuhkan dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO. Bagi Maya mana mungkin makhluk perosak seperi Khairy yang hampir membuat UMNO rebah akan diberi sokongan nanti, walaupun hanya dengan satu undi.

Tetapi akhirnya tanggapan Maya salah belaka. Setelah keputusan diumumkan Maya bagaikan berada dalam mimpi ngeri sekali lagi apabila diketahui Ketua Pemuda adalah milik Khairy. Seribu pertanyaan timbul di benak fikiran bagaimana barisan pemuda memberi kepercayaan kepada makhluk yang secara terang-terangan telahpun melakukan kerosakan.

Setelah beberapa hari berlalu sudah, pertanyaan Maya tadi terjawab dengan mudah apabila youtube memaparkan klip bersejarah bahawa sebenarnya KJ ADALAH PERASUAH.

Wednesday, July 29, 2009

Maya Berdoa Pada Yang Kuasa, Selamatkan UMNO Dan Juga Malaysia

Hati Maya bertambah pilu dan hiba walaupun tangisan Maya hari tu belum lagi reda. Sedih hati Maya bila melihat bagaimana segala penyokong KJ memberi komen di blog Maya. Mungkinkah juga jenis manusia hina yang sama menyokong Khairy di luar sana.

Jika itulah hakikatnya Maya menjadi semakin keluh resah. Apa tidaknya, mereka cukup taksub dengan KJ sehingga ada yang sanggup menyamakan KJ dengan Rasulullah SAW, masya Allah. Dan ada juga yang memberi pendapat bahawa Khairy ini bagaikan manusia yang tidak pernah dosa.

Maya mulakan dengan Akak Rosyatika yang memberi pendapat bahawa lagikan Rasulullah SAW difitnah, inikan pula manusia biasa. Kenyataan Akak ini hanyalah bersifat umum, tetapi dengan membanding Rasulullah SAW dengan Khairy Akak telah menjadi taksub dengan pegangan diri, bahawa tiada cacat cela dengan diri Khairy. Nasihat Maya pada Akak Rosyatika, baik jaga laki daripada sibuk pasal si Khairy.

Pesan Maya pada Akak baik jaga suami dari jaga Khairy

Blogger penyokong Khairy juga banyak meninggalkan komen-komen yang sama dan berbunyi seperti kata-kata hina. Tak silap Maya blogger yang membawa identiti Parang Sasau meninggalkan lebih 20 komen yang menghina dan mencaci blogger lain. Maya pasti perbuatan sebigini mempamerkan betapa cetek minda penyokong Khairy. Mungkin panas terasa bahang apabila Maya membongkarkan kebenaran.

Ada pula yang menyamar dengan identiti blogger lain dan Maya telahpun tertipu dengan permainan blogger sebegini. Maya telahpun mengenali Abang Jeff yang memberi komen berbentuk kata-kata semangat, tetapi Maya jadi amatlah terkejut apabila Abang Jeff yang nampak hampir sama kemudiannya keluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar oleh telinga. Memang konpius Maya jadinya.

Abang Kari pun mengalami benda yang sama, ada blogger lain mencuri identitinya. Dan Maya boleh buat kesimpulan bahawa blogger yang mencuri identiti blogger lain merupakan penyokong Khairy Jamalludin. Atas dasar apa blogger penyokong Khairy Jamalludin menyamar sebagai blogger lain?

Persoalan Maya, adakah mereka ini tidak cukup glamour sehingga menggunakan identiti blogger yang telahpun ada nama? Dan kenapa pula blogger seperti ini hanya menyokong Khairy? Adakah mereka ini dibayar untuk membuat huru hara dalam alam virtual?

Maya kini semakin resah apabila melihat perangai penyokong KJ dalam dunia virtual. Kerana apa yang Maya khuatiri ialah KJ mempunyai jenis penyokong yang tahap pemikiran yang sama di luar sana. Melihat kepada cara mereka memberi pendapat, bukannya akal yang dipakai tetapi emosi yang tidak terkawal. Dan mereka ini hanyalah pandai membuat kacau.

Jika Khairy ditakdirkan mempunyai hayat politik lebih lama, Maya hanya mampu berdoa kepada Allah Yang Maha Esa, selamatkanlah UMNO dari KJ yang cukup bernafsu kepada kuasa. Selamatkanlah juga Malaysia dari penyokong KJ yang hanya pandai untuk melakukan huru-hara.

Tuesday, July 28, 2009

Khairy Di Manek Urai Hanyalah Menyambung Hayat Politiknya

Ada yang menuduh Maya ni laki, tapi apa-apa tuduhan Maya terima dengan senang hati kerana hanya Maya saja yang tahu diri ini. Cuma Maya nak pesan kalau dah laki tu jadilah laki sejati dengan cara pakaian sekali, bukan macam jenis laki seperti gambar kat bawah ni.

Ni pompuan ke laki, tak malunya mamat ni

Cerita Maya kali ni bukan pasal pompuan atau laki. Maya ada terbaca komen puak-puak penyokong KJ yang dengan megah menyatakan bahawa kehadiran KJ di Manek Urai mempunyai impak besar. Eh eh eh, betul ke? Kalau cam tu jika ada PRK lepas ni cukup dengan hantar KJ sorang je gerenti menang.

Maya ada juga menghubungi kekawan yang telah berkhidmat untuk UMNO di Manek Urai samada dari kumpulan UMNO Puteri, UMNO Putera dan juga UMNO tua. Apa yang Maya boleh buat kesimpulan ialah pengurangan majoriti bukannya disebabkan faktor Khairy.

Tok Pa merancang strategi, tetapi cuba dirampas oleh Khairy

Strategi untuk menawan Manek Urai telahpun dimulakan sebelum penamaan calon lagi oleh Dato' Pa dengan kerjasama UMNO Pusat. Apabila Tuan Aziz dicalonkan, peluang untuk menang di Manek Urai semakin cerah kerana Tuan Aziz adalah calon yang dikenali ramai. Oleh itu saya setuju dengan pendapat Kak Mantra bahawa kekuatan di Manek Urai bersandar kepada gabungan Tuan Aziz dan Tok Pa.

Namun kehadiran Khairy di Manek Urai tidak boleh dihalang lagi. Ramai ketua pemuda UMNO bahagian di Kelantan berada di dalam poket Khairy. Oleh itu KJ menggunakan pengaruh pemuda Kelantan untuk menampilkan diri di MU. Namun begitu Tuan Aziz bukannya salah seorang yang telahpun dijual beli oleh Khairy.

Gambar ini hanyalah untuk hiasan sahaja, tiada kaitan dengan Maya

Cerita yang Maya dengar pula berlainan rupa. Ada pihak yang meluahkan kepada Maya bahawa kehadiran KJ hanyalah menyemak mata. Kehadiran Khairy merupakan taktik untuk menyambung talian hayat politik. Khairy telahpun tahu bahawa Manek Urai bakal memberi perlawanan hebat, oleh itu Khairy hanyalah cuba untuk tumpang semangkok dalam perlawanan tersebut. Lagipun Khairy ni memanglah mangkok.

Maklumat yang Maya terima ialah sepatutnya Khairy menyelesaikan masalah dalaman UMNO semasa perlawanan di Manek Urai. Saki baki kayu buruk peninggalan Dollah iaitu Ketua Bahagian UMNO Kuala Krai Ramzi Abdul Rahman telahpun diketahui ramai, sama ada oleh penyokong BN atau PAS bahawa dia dan konconya akan buat kacau. Dan telahpun disahkan memang buat kacau.

Ramzi Abdul Rahman, saki-baki peninggalan Dollah,
si Ramzi ni boleh cerita kenapa Manek Urai kalah.

Kontek Maya dalam Malaysiankini pernah bercerita bahawa kekacauan pertama yang Ramzi lakukan ialah mendedahkan fitnah terhadap Tuan Aziz kepada portal pro pembangkang. Sekali Maya fikir betul juga kerana hanya Ramzi sebagai pengerusi Kesedar yang tahu maklumat dalaman badan tersebut.

Oleh itu kepada abang-abang seperti Pejuang Bangsa yang menuduh Maya sebagai pengkhianat UMNO, siapakah pengkhianat sebenarnya? Golongan pengkhianat ini sudah pasti mempunyai hubung kait dengan Dollah dan Khairy.

Pendapat Maya ialah kemunculan Khairy di Manek Urai hanyalah bertujuan untuk memanjang talian hayat politiknya, tumpang semangkok jika kemenangan berpihak kepada UMNO.

Kehadiran Khairy di Manek Urai sama seperti pepatah Melayu yang pernah berkata, lembu punyai susu sapi punya nama. Susu Maya pula......ehhhh malulah nak cerita!

Saturday, July 25, 2009

Maya Menangis Tak Siapa Yang Tahu!


Maya menangis bukan pasal gambar ni. Kalau setakat laki cam ni,
sekali Maya petik je jari yang datang siap beratur lagi.


Rasa pilu dan hiba apabila Abang Senapang menuduh Maya yang bukan-bukan. Juga rasa pilu dan hiba berserta cucuran air mata apabila Abang King dan Abang Kari cuba menggunakan blog Maya sebagai medan pergaduhan. Namun tidak berkuasa untuk Maya menghalang.

Mujurlah ada Abang Jeff, Abang Brotherhood dan Cucu Tok Selampit yang memberi kata-kata semangat untuk Maya menulis apa yang tersimpan di hati.

Hakikatnya Maya telah lama menangis.

Maya mengangis kerana khazanah milik negara seperti 5% saham Telekom Malaysia terjual kepada negara Singa disebabkan oleh sifat tamak seorang manusia yang pernah menjadi menantu kepada seorang pemegang kuasa. Mungkinkah si menantu menjadi broker hanya atas dasar komisyen sahaja?

Hingga ke hari ini Maya masih menangis dan bertambah sedih apabila melihat si menantu masih bebas ke sana sini seolah-olah tiada apa yang pernah terjadi. Dan bertambahlah laju cucuran air mata Maya apabila melihat si menantu cuba mencari sokongan dengan menubuhkan KJFC demi mewujudkan persepsi si menantu amat disayangi. Maya lagi suka KFC boleh jilat jari. Tapi dengan KJFC tak sanggup Maya nak jilat si Khairy.

KJFC, tak kuasa la Maya nak menjilat si Khairy

Tangisan Maya bukan hanya berpunca dari satu fakta. Maya ada mendengar cerita bahawa baru-baru ni Maybank dalam perancangan untuk membeli BII dengan harga RM 8 billion padahal harga market hanya RM 2.1 billion.

Disebabkan kekecohan, pembelian itu dibatalkan. Yang Maya tak faham kenapa pula satu syarikat di negara Singa dibayar RM 480 million sebagai pendahuluan. Pendahuluan itu hangus begitu sahaja walaupun pembelian tersebut dibatalkan. Siapa agaknya yang mendapat share daripada pendahuluan RM 480 juta, si menantu juga ke?


Patut la Maya dengar cerita si menantu ni main tabur duit je masa pemilihan Ketua Pemuda. Memang banyak duit rupanya dia. Bila dah menang pakai duit ramai pulak yang membangkitkan rasa tidak puas hati. Tetapi demi untuk menunjukkan bahawa si menantu ni disukai, maka terciptalah KJFC.

Itulah antara sebab tangisan Maya. Dulu Maya menangis keseorangan. Tapi kini dengan adanya laman virtual harapnya tangisan Maya dapat dikongsi bersama. Jika rakan-rakan bersimpati, tiada apa yang Maya pinta, hanyalah sekadar sekotak tissue sahaja.

KFC vs KJFC

Kalau KFC tu tahu lah Maya, sehingga menjilat jari. Tapi dengan KJFC susah juga Maya nak bagi tag line sebab apa yang nak dijilat Maya belum kenal pasti lagi. Yang Maya tahu KJFC ni ialah Kelab Penyokong Khairy dalam FB.

KFC - Sehingga menjilat jari

Entah berapa banyak support group untuk Khairy dalam FB. Dia ni gila glamour ke? Tahu la Maya dia ni Ketua Pemuda UMNO. Tapi Maya ada kemusykilan, bagaimana si KJ ni menang?

Maklumlah Maya ni bukannya orang UMNO. Pernah juga tergerak hati nak join UMNO Puteri tapi borang kena tolak pada peringkat cawangan lagi. Ada la Maya dengar cerita terdapat individu tertentu yang jealous rupanya.

KJFC - Jangan pulak cuba nak menjilat si Khairy!!!

Cerita pasal KJ Support Group, mungkin juga Khairy rasa bahawa dirinya tidak cukup famous lagi sehingga dikerah angkatan penjilat untuk melancarkan kempen dalam FB? Pasal jilat ni Maya hanya suka jilat jari bila makan ayam KFC, diulangi, ayam KFC bukan KJFC.


Pendapat Maya pula, kenapa pulak nak kecoh pasal cari sokongan dalam FB, bukannya boleh gerenti menang pilihan raya nanti. Jika diri itu telahpun dinobatkan sebagai liabiliti buatlah sampai sepuluh Support Group ianya tidak akan mengubah persepsi.

Maya kesian dengan para pendokong Khairy berpenat lelah mencari penyokong untuk KJFC.

Maya rasa lebih baik jika si Khairy panggil semua penyokong di seluruh pelusuk negeri dan belanja makan KFC, perut kenyang maka suka lah hati.

Maya pun nak join sekali!!!

Friday, July 24, 2009

Maya's Khairy

This blog was created to reveal the truth!